Perodua Myvi merupakan kenderaan paling popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2005 dan peminat model bersaiz kompak itu kemudiannya disajikan dengan Myvi serba baharu pada 2018.
Bagaimanapun, tanpa disedari, model baharu itu turut medapat tempat dalam hati pencuri di Malaysia.
Menurut laporan Guan Ming, lebih 20 unit Myvi baharu telah kehilangan tayar di Pulau Pinang dengan kesemuanya disyaki dilakukan oleh kumpulan yang sama.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani berkata setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan oleh seorang lelaki pada 5 Mei lalu apabila dua tayarnya dicuri.
Pihak polis menggesa agar semua mangsa tampil membuat laporan agak dapat membantu siasatan.
Kebanyakkan mangsa bukan sahaja meletakkan kenderaan mereka di kawasan tertutup malah kumpulan pencuri tersebut turut melakukan kegiatan mereka di kawasan letak kereta terbuka.
Model baharu Myvi menjadi sasaran pencuri ekoran harga sport rim tersebut mencecah ribuan ringgit di pasaran.