Percaya atau tidak, tindakan meninggalkan air di dalam kereta terutamanya di bawah cahaya matahari terik mampu mengundang kebakaran?
Dibawah keadaan yang betul, air didalam botol tersebut mampu memfokuskan cahaya matahari ke bahagian dalam kereta – umpama kanta pembesar – lantas menyebabkan kebakaran.
Menurut laporan PNJ, senario itu disahkan sendiri seorang juruteknik berpengalaman di Idaho, Amerika Syarikat.
Dia menceritakan bagaimana, bahagian kerusi depan tiba-tiba berasap ekoran cahaya matahari telah melalui botol airnya lalu tumpuan cahaya tersebut telah menyebabkan kerusinya terbakar.
Lihat eksperimen yang dilakukan menerusi video dibawah:
Jadi diingatkan untuk tidak meninggalkan botol berisi air di dalam kereta jika anda mahu elak daripada perkara tidak diingini berlaku!