Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan peningkatan penjualan kereta bulan ini berbanding April menjelang musim perayaan Hari Raya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, MAA berkata penjualan kereta bagi April adalah sekitar 8.8 peratus atau 4,812 unit – lebih rendah berbanding Mac ekoran pembeli menanti tawaran Hari Raya.
“Pembeli mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan rata-rata menanti promosi Hari Raya,” jelas MAA.
Bagaimanapun, penjualan bulan April naik 6.2 peratus kepada 49,964 unit berbanding 47, 047 unit yang dijual pada tahun sebelumnya.
Dari sudut pengeluaran, data MAA menunjukkan bahawa kenderaan yang dihasilkan pada bulan April 2019 meningkat 24 peratus kepada 52,806 unit – dengan 48,877 adalah kenderaan penumpang dan baki 3,209 adalah kenderaan komersil.
Di samping itu, wajar untuk diketahui bahawa potongan kadar polisi semalaman (OPR) oleh Bank Negara dijangka akan meningkatkan lagi kuasa pembeli sekaligus menaikkan lagi sektor automotif.
Menariknya, penjualan model SUV oleh jenama kereta nasional bagi suku pertama 2019 memainkan peranan besar dalam mencatat 6 peratus peningkatan bagi sektor automotif.
(SUMBER: The Star)