Pulsar NS200 Ini Tampak Mantap Dengan Aksesori ‘Touring’ Bajaj!

Sumber: Surmeklazim.com

Jentera Pulsar NS200 yang anda lihat dalam beberapa gambar yang dikongsikan ketika ini bukanlah model yang dilengkapi dengan aksesori ‘aftermarket’.

Sebaliknya, jentera ini telah dinaik taraf dengan aksesori rasmi Bajaj yang telah dipamerkan di Pameran Motosikal Istanbul tahun lalu bersama barisan model Bajaj lain termasuk RS200, NS160, Dominar 400 dan V15.

Sumber: Surmeklazim.com

Pulsar NS200 Adventure Edition ini menampilkan pelindung lampu depan yang ‘rugged’, guard enjin, side pannier yang boleh dibuka mengikut keselesaan penunggang,’handguard’, serta tempat letak telefon pintar.

Sumber: Surmeklazim.com

Meskipun aksesori ‘touring’ ini akan mendapat perhatian ramai terutamanya pemilik NS200, buat masa ini penjualan aksesori ini hanya terdapat di beberapa pasaran tertentu India sahaja bagaimanapun, wujud laporan bahawa Bajaj akan membawa penjualan aksesori ini di pasaran luar.

Jadi peminat NS200 di Malaysia perlu bersabar!

Model NS200 Adventure Edition ini digerakkan dengan enjin 199.5cc satu silinder yang menghasilkan 24.2hp dengan 18.6 Nm. Model ini ditawarkan dengan harga RS112,557 (RM6,693).

(SUMBER: GaadiWaadi)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]