Kepala Yamaha Y15ZR V2 Kini Jadi Buruan Pencuri

Sumber: Orang Wangsa Maju @ Facebook

Sebelum ini pemilik motosikal sering kali berasa gerun dengan kes curi kaliper brek lebih-lebih lagi jika berjenama Brembo. Bagaimanapun, hari ini timbul pula kerisauan baharu terutamanya bagi setiap pemilik Yamaha Y15ZR V2.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi gambar di akaun Orang Wangsa Maju yang menceritakan bagaimana seorang pemilik Y15ZR V2 kehilangan bahagian kepala jenteranya di Melawati Mall.

Lebih mneyedihkan, model V2 baharu sahaja dilancarkan bulan lalu ketika perlumbaan Cub Prix di Jasin, Melaka.

Kejadian ini sekaligus menimbulkan rasa risau dikalangan pemilik Y15ZR V2 yang kini harus mencari jalan untuk memastikan tidak menjadi mangsa kepada golongan yang boleh dilabel sebagai sampah masyarakat ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.