Lebih 50 Peratus Rakyat Malaysia Tak Tahu Cara Penjagaan Kereta?

Percaya atau tidak, lebih daripada 50 peratus rakyat Malaysia tidak memiliki pengetahuan asas mengenai penjagaan kereta meskipun ia faktor perkara penting bagi setiap pemilik kenderaan.

Menyedari perkara ini, Bosch Automotive Aftermarket melancarkan kempen ‘Drive for Live bagi mendidik orang awam tentang kepentingan penjagaan kereta termasuk penggunaan alat ganti berkualiti.

 

Majlis turut dilancarkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke bersama Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh.

Pengarah Penjualan Dan Pemasaran Bosch Automotive Aftermarket Asia Tenggara, Marcio Coelho mendapati kurang ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kereta memberi impak besar terhadap pemandu.

“Menerusi kajian yang kami lakukan pada 2018, kami mendapati lebih 50 peratus rakyat Malaysia kurang pengetahuan asas mengenai penjagaan kereta dan apakah kesannya terhadap penumpang, kereta dan keselamatan di jalan raya.

“Menerusi kempen ‘Drive for Live’, Bosch akan melengkapkan pemandu dengan ilmu asas penjagaan kereta bagi membantu mereka sekiranya kenderaan mengalami kerosakkan,” katanya.

Kempen ‘Drive for Life’ akan berjalan selama tiga tahun yang akan dilaksanakan dalam tiga peringkat – Educate, Engage dan Empower.

Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah, bengkel ilmu bagi mendidik pemilik kereta mengenai asas penjagaan, tip pemanduan selamat bagi pemandu baharu termasuk membantu dalam melahirkan mekanik pada masa akan datang.

Selain itu, segmen #BoschEmpowersWomen turut akan dijalankan bagi mengetengahkan idea bahawa penjagaan kereta bukan hanya tugas lelaki susulan laporan kajian mendapati hanya satu peratus pemandu wanita yang tahu cara bagi menangani masalah kerosakkan kereta.

Bosch yang turut sama dengan Petron akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada setiap kenderaan sempena balik kampung pada 18-19 Mei serta 25-26 Mei ini di beberapa stesen minyak Petron terpilih di sekitar Lembah Klang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.