Suzuki Failkan Paten Bagi Sebuah Enjin Satu Silinder Yang Unik

  • Suzuki telah memfailkan paten bagi sebuah enjin satu silinder yang istimewa.
  • Ia dilengkapi dengan dua palang penyambung (conrod) tetapi hanya satu omboh.
  • Ianya bertujuan untuk mengurangkan gegaran.

Suzuki baharu sahaja memfailkan paten bagi sebuah enjin satu silinder yang istimewa.

Enjin satu silinder mungkin tidak mempunyai daya kuasa kuda yang besar, tetapi, ianya mempunyai kelebihan dari segi pecutan. Selain itu, dengan memiliki satu sahaja omboh bermakna yang ia tidak mempunyai banyak bahagian yang bergerak dan dengan itu menjadikannya sebuah enjin yang ringan, yang mana memberikannya lebih kelincahan. Atas sebab inilah motosikal dirt bike dan ringan seperti KTM 390 Duke telah dilengkapi dengan enjin satu silinder.

Namun, kelemahannya pula adalah gegaran yang amat dirasai, terutamanya pada kitaran yang lebih tinggi. Ia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga akan menyebabkan bahagian-bahagian pada motosikal untuk mulai longgar.

Bagi menangani masalah ini, enjin satu silinder telah dilengkapi dengan aci pengimbang balas. aci ini selalunya terletak di bahagian bawah, di hadapan aci engkol.

Paten yang difailkan oleh Suzuki ini pula menunjukkan tatarajah yang berlainan.

Daripada menggunakan aci pengimbang, ianya menggunakan palang penyambung (conrod) yang kedua, tanpa omboh. Dengan ini ianya bukan sahaja mengimbang lawan aci engkol, ia juga mengimbangkan lawan omboh, memberikan enjin yang lebih lancar.

Penggunaan palang penyambung yang kedua bukanlah sesuatu yang baharu. Ducati pernah menggunakan aturcara ini dengan model Supermono. Bagaimana pun, pengeluar dari Itali tersebut telah menggunakan enjin V-Twin 90º dengan satu silinder tanpa palam pencucuh, dan dengan itu menjadikannya sebuah pam udara.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]