Teknologi MotoGP Dijangka Ada Pada Model Yamaha YZF-R1 Generasi Akan Datang

  • Model Yamaha YZF-R1 generasi yang akan datang dijangka bakal dilengkapi dengan teknologi MotoGP.
  • Ia barangkali akan didatangkan dengan transmisi ‘seamless’, VVT/L dan aci engkol putar berlawanan.
  • Model YZF-R1 kekal sama sejak lima tahun yang lalu.

Motosikal Yamaha YZF-R1 yang semasa kekal sama sejak ia mula diperkenalkan pada lima tahun yang lalu. Sudah tiba masanya bagi model ini untuk mendapat pengemaskinian yang baharu.

Jika dibandingkan, ke semua motosikal superbike yang bertanding dalam kejohanan World SBK telah dikemaskini selang beberapa tahun, kecuali model Yamaha.

Adakah peraturan emisi Euro 5 yang bakal menjelang tiba menjadi faktor penentunya? Mungkin sekali, memandangkan Honda telah melengahkan pengenalan bagi model Honda CBR1000RR Fireblade generasi seterusnya. Peraturan Euro 5 akan mengurangkan emisi sebanyak separuh dari piawaian Euro 4 yang terdahulu. Pengurangan sebanyak itu sudah pasti akan memberi kesan kepada keluaran kuasa enjin.

Dan dengan itu, motosikal YZF-R1 baharu perlu dilengkapi dengan teknologi ‘variable valve timing and lift’. Model BMW S 1000 RR dan Suzuki GSX-R1000RR sudah pun menggunapakai teknologi berkenaan, dan ada desas desus mengatakan yang CBR1000RR yang bakal tiba juga akan dilengkapinya.

Yamaha telah pun menggunakan VVT/L pada skuter mereka sebagai sebahagian daripada strategi enjin Blue Core mereka.

Berkenaan dengan teknologi MotoGP, Yamaha telah memfailkan paten untuk transmisi ‘seamless’ buat model R1. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai teknologi ini dalam satu artikel yang disiarkan di laman saudara kami, BikesRepublic.com, DI SINI. Jika pelan ini berhasil, Yamaha akan menjadi pengeluar pertama yang menerapkan teknologi ini untuk motosikal kegunaan jalan raya.

Selain itu, Yamaha juga merupakan antara pengeluar yang pertama menggunakan aci engkol putar lawan dalam perlumbaan Grand Prix pada zaman enjin dua lejang dahulu. Ianya juga digunakan dalam jentera YZR-M1 MotoGP semasa. Sebuah aci engkol putar berlawanan akan mengurangkan kesan daya empar roda pada kelajuan tinggi, membolehkan motosikal memasuki selekoh dengan lebih mudah. Ducati menggunakannya pada Panigale V4 dan dengannya mendominasi WorldSBK.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh:

Sumber: AMCN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]