- Seorang pemandu kereta telah melanggar belakang motosikal yang telah berhenti.
- Namun, pemandu berkenaan telah menyalahkan penunggang motosikal terbabit.
- Video ini kini telah menjadi tular.
Sebuah kereta telah melanggar belakang sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan motosikal terjatuh, tetapi, pemandu kereta berkenaan enggan mengakui kesilapannya.
Insiden ini telah terjadi di Singapura. Satu pos yang telah dimuat naik dalam laman Facebook ROADS.SG telah menerangkan yang insiden ini terjadi di simpang tiga Teban Market dan Teban Gardens Road.
Berdasarkan satu video yang telah dihantar oleh Lim YK, motosikal itu telah berhenti buat satu ketika di simpang tiga berkenaan. Dia sedang menunggu giliran untuk memasuki jalan.
https://www.facebook.com/Roads.sg/videos/863373230670735/
Datang sebuah kereta dengan nombor plet SLF5020K yang telah melanggar bahagian kiri belakang motosikal berkenaan, mengakibatkan motosikal tersebut terjatuh. Nasib baik penunggang berkenaan memegang kemas brek motosikalnya, kerana jika tidak, penunggang dan motosikal tersebut sudah pasti akan jalan utama dan bertembung dengan sebuah bas.
Namun yang lebih menggeramkan lagi adalah pemandu kereta berkenaan telah menyalahkan penunggang motosikal, mengatakan ianya salah penunggang terbabit dan enggan mengakui kesilapannya.
Video yang telah dikongsi pada laman berkenaan telah menjadi tular dan pemandu kereta berkenaan menerima cemuhan ramai. Ada yang mengatakan dia barang kali sedang menggunakan telefon. Ada juga yang mengatakan yang dia mungkin beranggapan motosikal telah pun memasuki laluan utama dan tidak lagi ada di situ.
Walau apa pun jua alasannya, yang pasti, pemandu kereta tersebut memandu dalam keadaan yang leka, tidak peka dengan persekitarannya. Dan ini bukannya satu perkara yang luar biasa. Acap kali kita telah kita perhatikan, pemandu kenderaan empat roda mudah terleka sewaktu memandu, tidak peka dengan keadaan sekeliling mereka, membawa bahaya buat diri mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Harap-harapnya pemandu berkenaan akan menerima balasan yang setimpal di mata undang-undang.