Hyundai Sime Darby Motors telah merasmikan Hyundai Elantra dengan rekaan terbaru di Pusat 3S Hyundai Jalan Klang Lama, hari ini.
Tampil dengan rekaan dalaman dan luaran yang telah direvolusikan, pelancaran model tersebut dilihat akan terus memperkuatkan jenama Hyundai dalam segmen pertengahan kenderaan penumpang.
Tawaran harga yang kompetitif – RM109,888 – memberi pilihan yang lebih pelbagai dalam pembelian kereta.
“Elantra kekal sebagai pesaing utama dalam segmen C ekoran memiliki rekaan bergaya, enjin berprestasi tinggi dan ciri-ciri yang canggih.
“Kami yakin rekaan yang tampak moden, sporty dan elegan ini akan menarik perhatian setiap peringkat umur, ” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.
Model 2.0L Executive didatangkan dengan enjin sama seperti model sebelum ini; 2.0 liter 4 silinder yang mampu menghasilkan 152PS pada 6,200 rpm.
Antara ciri-ciri yang boleh didapati:
- Anti-lock Braking System (ABS)
- Brake Assist System (BAS)
- Electronic Brake Force Distribution (EBD)
- Traction Control System (TCS)
- Electronic Stability Control (ESC)
- Vehicle Stability Management (VSM)
Di samping itu, Hyundai turut menawarkan waranti 5 tahun atau 300,000km (mana yang capai dahulu).