Cawangan 3S Kia Dibuka Di Kota Bharu!

Pemilik kenderaan Kia di sekitar Pantai Timur tidak perlu lagi pening kepala sekiranya kereta mereka mengalami masalah kerana Naza Kia Malaysia telah membuka cawangan 3S di Kota Bharu, Kelantan.

Dengan keluasan 3,500 kaki persegi, pusat 3S baharu ini mampu menempatkan lima kenderaan di tapak pameran termasuk dua pusat servis yang mampu menerima 100 kenderaan dalam masa sebulan.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin yakin pembukaan pusat 3S di Kota Bharu akan menawarkan pengalaman terbaik buat penduduk di situ.

“Pusat 3S serba baharu ini merupakan antara penambahan terkini jaringan KIA dalam menepati jangkaan pelanggan kami di samping memenuhi permintaan untuk kereta Kia di kawasan Pantai
Timur.

“Selain daripada cawangan di Kota Bharu, kami juga akan meluaskan jaringan Kia dalam setiap pasaran utama. Kami dalam proses untuk membuka enam lagi cawangan di sekitar Lembah Klang, bahagian Utara dan Selatan tanah air termasuk Sabah dan Sarawak,”jelasnya.

Difahamakn, pengedar rasmi, Raza Motors Sdn Bhd telah menyuntik hampir RM1 juta ke dalam pusat 3S di Kota Bharu dengan sasaran untuk membuka fasiliti Body & Paint dalam tempoh 3 tahun lagi.

Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, cawangan 3S ini turut dilengkapi Lounge Pelanggan, bilik mesyuarat, surau, ruang simpanan alat ganti dan pusat mencuci kereta.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply