Tesla telah menarik balik penjualan Model 3 secara atas talian sekaligus menandakan perubahan terhadap strategi pemasaran mereka.
Pelanggan tidak lagi boleh membuat tempahan bagi Model 3 Standard – yang dijual pada harga USD35,000 (RM144,035 yang sebelum ini menjadi antara tunggak utama dalam mengganggu pasaran automotif seperti yang dikehendaki Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Tesla dalam satu kenyataan menyebut,”Kami tidak lagi menawarkan Model 3 Standard secara atas talian. Ini bermakna pelanggan yang berminat untuk mendapatkan model ini perlu menghubungi kami atau berkunjung ke pusat pameran Tesla kami.”
Keputusan penarikan balik ini dibuat atas alasan Tesla mahu memudahkan urusan operasi di samping dapat mengoptimumkan kos serta mengurangkan kerumitan.
Bagaimanapun, Tesla akan terus mengambil tempahan secara atas talian bagi unit Standard Plus Model 3 yang dijual pada harga USD39,500 (RM162,555) yang kini menjadi pilihan termurah di tawarkan.