Red Bull tidak gusar akan kehilangan Max Verstappen meskipun pelumba muda itu sering dihubungi Team Principal Mercedes, Toto Wolff.
Mercedes telah mendominasi saingan Formula 1 sejak beberapa tahun ini dan sekali lagi menguasai saingan musim ini dengan Valtteri Bottas dan pertahan juara Lewis Hamilton menjuarai GP Australia dan Bahrain.
Verstappen – anak kepada bekas pemandu F1 Jos – telah dikaitkan dengan perpindahan ke Mercedes selepas mempamerkan aksi mantap bersama Toro Rosso dan Red Bull.
Bagaimanapun, penasihat Red Bull, Helmut Marko yakin Verstappen tidak akan berpindah dan tekad memburu kejayaan bersama pelumba berbakat itu.
“Toto Wolff telah menghubungi Verstappen dan ayahnya sejak beberapa bulan ini,” ujar Marko.
“Tetapi saya tidak gusar. Malah yakin Verstappen selesa bersama kami. Apa yang penting kami menyediakan bahan terbaik untuknya bertanding merebut kejuaraan.”
Verstappen menduduki tempat ketiga di Australia dan keempat di Bahrain namun Marko berharap Red Bull dapat bangkit lebih cemerlang menjelang perlumbaan seterusnya di Shanghai.