- Motosikal streetfighter, Zero SR/F telah bersedia untuk perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb tahun ini.
- Motosikal ini telah dilancarkan pada bulan Januari lalu.
- Motor elektriknya mampu menghasilkan sehingga 110hp dan 189.8Nm tork.
Model streetfighter yang baharu sahaja dilancarkan, Zero SR/F, akan dipertandingkan pada perlumbaan Pikes Peak tahun ini.
Perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) yang sejauh 20 kilometer, 156 selekoh itu mungkin hanya dikenali oleh peminat permotoran paling tegar di, tetapi ianya adalah satu acara yang amat penting dalam kalendar tahunan permotoran, di mana pelbagai model terkini akan bertarung menentang gunung tersebut dan juga masa.
Banyak motosikal yang dikenali ramai telah bertanding di atas litar ini dan telah memperolehi kemenangan berprestij, antaranya motosikal elektrik Lightning LS-218, Ducati Multistrada, serta KTM 1290 Super Duke R. Ducati juga telah membina sebuah model edisi terhad yang dinamakan Multistrada Pikes Peak.
Namun, perlumbaan ini mengharamkan penyertaan motosikal lumba atas sebab keselamatan setelah kematian beberapa orang penunggang. Jadi, perlumbaan PPIHC ini hanya dibuka untuk motosikal sport tourer dan juga motosikal lumba naked (streetfighter).
Dan oleh kerana itu, Zero Engineering merasakan yang perlumbaan ini adalah pentas terbaik untuk memperagakan kebolehan model SR/F. Penunggang Amerika Syarikat, Cory West akan mengemudi motosikal ini.
Motosikal Zero SR/F ini telah dilancarkan pada awal tahun ini di Amsterdam. Walaupun ia tampak seperti kacukan antara sebuah Ducati dan Benelli, ianya lebih daripada itu, menurut syarikat tersebut.
Spesifikasinya termasuklah sebuah motor elektrik yang menghasilkan 110hp dan 189.8Nm. Tork adalah aspek paling utama dalam menangani litar Pikes Peak ini kerana laluannya yang bersimpang-siur, selekoh yang tajam, dan juga selekoh ‘hairpin’.
Selain itu, pemilik boleh mengecas bateri sehingga 95% dalam masa satu jam dan seberat 226kg.