Yamaha Niken Tampil Lebih Ranggi Dengan Turbo

Sumber imej: Yamaha Motor Australia
  • Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo.
  • Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard.
  • Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.

Kuasa. Lebih kuasa. Lebih banyak kuasa. Ia tidak pernah mencukupi. Dan atas sebab itulah kita sering kali telah melihat para penggemar motosikal melakukan pengubahsuaian prestasi pada jentera mereka. Dan kali ini, kita dapat lihat pengubahsuaian itu pada motosikal Yamaha Niken yang telah dilengkapi dengan pengecas turbo.

Motosikal Yamaha Niken Turbo ini telah dihasilkan oleh para mekanik Trooper Lu’s Garage dari New South Wales, Australia.

Yamaha Motor Australia yang telah berkongsi berita ini tidak mendedahkan banyak maklumat. Namun, kami dapat mengenal pasti sebuah pengecas turbo Garrett yang telah dipaut pada bahagian depan roda belakang, tempat di mana ketiga-tiga paip ekzos bertemu, sebelum ia keluar dari peredam Akrapovic. Menurut Ride Apart, susun atur sebegini selalunya menghasilkan 33 kuasa kuda tambahan. Enjin Niken standard – yang mana dikongsi bersama model MT-09 – menghasilkan 115hp. Dengan itu ia mampu menghasilkan sebanyak 148hp dengan pengecas turbo berkenaan.

Sumber imej: Yamaha Motor Australia

Kotak bagasi atas aluminium GIVI bersama dengan sepasang ‘flask’ melengkapkan lagi motosikal ini.

Sumber imej: Yamaha Motor Australia

Pengubahsuaian yang lain termasuklah kemasan warna khas yang berlainan dari warna ‘racing blue’ kebiasaan Yamaha. Anda juga boleh nampak adanya fork KYB buatan khas padanya.

Sumber imej: Yamaha Motor Australia

Sebagai penutupnya, ada seorang wartawan permotoran telah melakukan aksi ‘wheelie’ dengan model Niken yang standard, jadi, ianya pasti lebih mudah untuk ‘memacak’ bahagian hadapan motosikal ini!

Sumber imej: Yamaha Motor Australia
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]