Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan barisan terbaru minyak enjin Shell Rimula yang dicipta khas untuk lori kecil dan trak pikap.
Barisan terbaru itu adalah Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technologu. Kedua-dua minyak ini dihasilkan khas bagi memastikan enjin beraksi di tahap optimum bagi trak yang mengangkut berat yang tinggi.
Minyak berasaskan mineral itu dicipta bagi memenuhi keperluan trak bersaiz kecil yang menjadi penggerak utama perniagaan komersil.
Kedua-dua minyak ini boleh didapati di semua stesen Shell, kedai alat ganti dan bengkel terpilih.
LD4 dan LD5 didatangkan dalam bekas 7.5 liter, sesuai untuk digunakan dalam proses penukaran minyak sekali tukar sekaligus memudahkan pemandu trak dan lori.
Shell menawarkan harga RM120 (Semenanjung Malaysia) bagi LD4 manakala LD5 dijual dengan harga 195 (Semenanjung Malaysia).
Sementara itu, Pengarah Urusan Pemasaran Shell Lubrincants, May Tan berkata peningkatan pengguna trak pikap dan lori bersaiz kecil jadi pendorong dalam penghasilan barisan minyak enjin baharu ini.
“Trak pikap bukan lagi digunakan hanya untuk perniagaan komersil malah menjadi pilihan popular bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar. Shell Rimula Light Duty menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin di tahap optimum di samping membantu dalam penjimatan minyak,”katanya.
Dalam perkembangan lain, orang ramai yang membeli sebarang minyak enjin Shell Rimula berpeluang untuk memenangi percutian 5 hari 4 malam di Barcelona sempena Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019!
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai barisan minyak enjin Shell Rimula Light Duty dan Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019 seila layari www.shell.com.my/rimula