Sebuah kenderaan jenis pikap telah menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ekoran memasuki lorong kecemasan sebelum memecut laju meninggalkan tapak kejadian.
Dalam rakaman ‘dashcam’ yang dikongsi Mohd Azrin Abdullah di Facebook, memaparkan sebuah kenderaan jenis pikap Toyota Hilux memandu dengan bahaya sebelum memasuki lorong kecemasan.
Tindakan pemandu itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang menggunakan jalan tersebut menekan brek sebelum hilang kawalan lalu terbabas.
Menurut akaun Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, insiden tersebut berlaku di Lebuhraya PLUS sebelum simpang Seremban/Labu.
Difahamkan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan patah jari kaki dan luka di bahagian betis.
Netizen turut sempat berkongsi gambar yang memaparkan pemilik kenderaan pikap tersebut memiliki beberapa saman tertunggak.
Tonton rakaman penuh di bawah:
(SUMBER: Facebook Info Roadbloack JPJ/Polis)