Ducati Diavel 1260 dan Yamaha Niken Menang Anugerah Red Dot 2019 Untuk Reka Bentuk

  • Model Ducati Diavel 1260 yang baharu dan Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk.
  • Para juri menganugerahkan penghormatan ini kepada produk berdasarkan reka bentuk dan inovasi.
  • Para pemenang boleh menayangkan label Red Dot pada produk mereka.

Motosikal Ducati Diavel 1260 yang baharu sahaja dilancarkan dan motosikal tiga roda Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk di Jerman.

Anugerah ini meraikan reka bentuk original dan berinovasi yang paling layak sejak pengenalannya pada tahun 1955. Para pemenangnya dibenarkan untuk menayangkan label Red Dot pada produk mereka.

Juri yang terdiri daripada 40 orang pakar reka bentuk antarabangsa telah mengadili lebih daripada 5,500 buah produk dari pelbagai kategori. Antaranya adalah motosikal, kereta, elektronik, perabot, jam, barang runcit, dan lain-lain lagi.

Anugerah Red Dot 2019 untuk Reka Bentuk buat model Ducati Diavel 1260 ini bermakna pengeluar berkenaan telah memenangi anugerah tersebut buat kali ketiga. Pemenang sebelum ini dari Ducati adalah Panigale 1199 pada tahun 2013 dan XDiavel S pada tahun 2016. Nampaknya, bukan kita sahaja yang merasakan bahawa motosikal keluaran Itali ini cukup cantik sekali, sentimen itu turut dikongsikan oleh para pereka pakar.

Yamaha telah memenangi sebuah anugerah bagi model Niken pada tahun ini, tidak syak lagi kerana pelaksaan reka bentuk motosikal tiga rodanya itu. Ini juga merupakan anugerah Red Dot ketiga buat pengeluar dari Jepun tersebut. Pemenang anugerah sebelum ini termasuklah model MT-07 pada tahun 2015 dan XSR900 pada tahun 2017.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]