Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Pulau Pinang (JPJ) mengumumkan akan mengadakan acara lelongan melibatkan 92 kereta daripada pelbagai jenama termasuk Toyota, Honda, Subaru, Nissan, BMW dan Volvo.
Kesemua kenderaan ini telah disita ekoran pelbagai kesalahan dan kini akan dilelong kepada orang ramai dengan harga serendah RM700 hingga RM13,000 pada 24 April depan.
Berikut antara senarai kenderaan yang bakal dilelong:
- Nissan Sentra 1.6 (2005) – RM700
- Toyota Estima (2005) – RM1,000
- Audi A6 2.4 (2006) – RM7,000
- Toyota Wish 1.8 (2004) – RM5,000
- Toyota Vios 1.5 (2007) – RM6,000
- Honda Civic 1.7 (2004) – RM5,000
- Mazda 3 2.0 (2005) – RM5,000
- BMW 523i (2005) – RM7,000
- Toyota Harrier 2.4 (2004) – RM9,000
- Mazda RX-8 (2007) – RM12,000
- Honda Integra 2.0 (2006) – RM9,000
- Mercedes Benz E200 (2002) – RM4,000
- Subaru Impreza 1.6 (2007) – RM7,000
Bagaimanapun, orang ramai perlu bertabah kerana difahamkan perlu bersaing dengan penjual kereta terpakai!
(SUMBER: Facebook Penang Kini)
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]