Harga Yamaha YZF-R25 (R25) 2019 Diumumkan – Dari RM19,998!

  • HLYM telah mengumumkan harga bagi model Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini.
  • Motosikal R25 2019 masih mengekalkan enjin model yang terdahulu.
  • Namun, ia kini didatangkan dengan pelbagai ciri yang baharu.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga bagi motosikal Yamaha YZF-R25 (R25) 2019 pada hari ini, setelah mempratontonkannya pada bulan Januari tahun ini.

Harganya telah ditetapkan pada RM19,998 (harga asas tidak termasuk cukai dan insurans), kekal sama seperti model sebelumnya.

Di mana model tahun 2019 ini masih mengekalkan enjin parallel-Twin, DOHC, sejukan cecair, 250cc yang sama, ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri yang telah dipertingkatkan:

1. Fork terbalik untuk pengendalian dan maklum balas jalan raya yang lebih hebat.
2. Panel badan aerodinamik baharu, termasuklah lohong masukan udara gaya YZR-M1.
3. Reka bentuk tangki bahanapi baharu untuk memberikan posisi duduk yang lebih baik.
4. Palang pemegang dan ergonomik baharu untuk jalan raya dan juga atas litar.
5. Lampu LED keseluruhan dan gugusan instrumen LCD baharu.

Model motosikal R25 2019 yang baharu ini ditawarkan dalam dua kemasan warna, Biru dan Merah, dan akan mula disediakan bermula pada minggu ketiga bulan Mac. Para pembeli akan menerima Kunci Cakera Yamaha keluli tahan eksklusif lengkap dengan kabel ‘reminder’.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply