Gara-Gara Ambulans Singgah Isi Minyak, Pesakit Menemui Ajal

Kredit foto: Utusan Borneo

Minggu lalu, seorang warga emas yang dikenali sebagai Lai Kim meninggal dunia dia dalam ambulans ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Insiden itu menyebabkan anak perempuannya, Fung Ying mempersoalkan tindakan ambulans yang singgah sebentar di stesen minyak sebelum berlaku perlanggaran dengan sebuah lori.

Dalam satu kenyataan viral yang dimuat naik di akaun Facebook, Fung menjelaskan ambulan tersebut tidak meneruskan perjalanan ke hospital sebaliknya singgah di stesen minyak Petronas Siburan.

Lebih mengecewakan, ambulans terbabit tidak memasang siren di sepanjang perjalanan.

Ketika di stesen minyak, van ambulans tersebut telah dilanggar sebuah lori lalu menyebabkan pintu van tidak dapat ditutup. Fung turut menjelaskan baagaimana ayahnya sempat bertanya apa yang berlaku.

Kredit foto: Utusan Borneo

Apa yang mengejutkan, pemandu van dan pegawai perubatan bertindak pergi ke balai polis untuk membuat laporan sambil membiarkan pesakit di dalam ambulans.

Tidak lama kemudian, pesakit tidak memberikan sebarang tindak balas. Pegawai perubatan yang berada di balai polis cuba untuk melakukan pernafasan mulut ke mulut (CPR) hampir 15 minit sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 11 pagi.

Selepas seminggu insiden tersebut berlaku, ahli keluarga hanya mendapat permohonan maaf. Fung Ying kini menggesa pihak bertanggungjawab untuk menjelaskan apa yang berlaku dan mempersoal prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan pegawai perubatan kerana yakin ayahnya masih hidup seandainya van ambulans tersebut dijaga dengan rapi.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply