- Dalam masa beberapa tahun lagi, anda mungkin boleh membuat cetakan 3D kelengkapan anda sendiri.
- Sebuah firma reka bentuk Perancis, VIBA telah mencetak 3D komponen motosikal Honda Monkey ini.
- Komponen-komponen tersebut adalah buatan aluminium, dan bukannya dari plastik.
Masihkah anda ingat sewaktu Bugatti mempersembahkan angkup brek pertama dalam dunia yang dihasilkan menggunakan pencetakan 3D? Benar, pencetakan 3D mula mendapat tempat sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, motosikal Honda Monkey yang telah diubahsuai ini.
Komponen-komponennya dihasilkan menggunakan aluminium, dan bukannya buatan plastik. Proses pencetakan 3D ini bergelar “Selective Laser Imaging”. Dalam kes motosikal ini, ianya nama khas bagi proses menggunakan laser bagi memanaskan serbuk aluminium aloi bagi membentuk menjadi satu-satu bentuk tertentu. Pencetakan 3D juga boleh digunakan untuk polimer dan juga bahan-bahan yang lain, menghasilkan objek pejal. (sila saksikan video di bawah.)
Sebuah firma reka bentuk dari Perancis dengan nama VIBA telah mencetak 3D komponen bagi sebuah motosikal Honda Monkey.
Dan ianya bukan sekadar bahagian-bahagian aluminium yang biasa. Sebagai contoh, tangki bahanapinya mempunyai struktur indung madu bagi mengelakkan minyak petrol berkocak-kocak. Perumah lampu hadapannya digabung sekali dengan dapra dan rak bagasi. Ini memerlukan pertukaran pada lampu hadapannya.
Tuil klac dan brek juga berongga bagi membolehkan pendawaiannya untuk melaluinya ke lampu isyarat di hujungnya.
VIBA akan hanya membina 23 buah kit ini tetapi tidak mengatakan sekiranya anda boleh mendapatkan komponen ini secara berasingan. Ia tampak agak menakjubkan.