Punca Kebakaran Gudang Jentera MotoE Dikenalpasti

Sumber imej: MCN
  • Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas.
  • Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api.
  • Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.

Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa satu litar pintas telah dikenalpasti sebagai punca kebakaran yang telah memusnahkan gudang simpanan sementara jentera MotoE di Litar Jerez, di Sepanyol.

Kebakaran itu berlaku sekitar tengah malam, memusnahkan ke semua 18 buah jentera perlumbaan Energica Ego, kelengkapan, peralatan, kit serta kelengkapan para penunggang. Ke semuanya telah disimpan dalam paddock sementara bagi ujian pra musim kejohanan FIM Enel MotoE World Cup 2019.

Sepang International Circuit adalah antara salah sebuah pasukan yang terjejas akibat kebakaran ini.

Sumber imej: MCN

Pusingan pembukaan bagi kejohanan sulung yang dijadualkan akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mei, telah dibatalkan. Kejohanan ini bagaimana pun akan tetap diteruskan pada tahun ini.

Pihak polis tempatan masih menyiasat kebakaran ini tetapi telah mengumumkan yang ianya berpunca dari litar pintas. Litar pintas itu kemudiannya telah menyebabkan bateri berketumpatan tinggi terbakar, yang mana ianya adalah sebahagian daripada pengecas berprestasi tinggi yang digunakan dalam MotoE. Punca litar pintas itu bagaimana pun masih belum disahkan.

Litar pintas akan mengakibatkan peningkatan suhu yang mendadak, yang menyebabkan ‘thermal runaway’ pada bateri litium. Dan dari situ, akan berlaku tindak
balas rantai yang menyebabkan kepincangan tugas imbangan haba sistem tersebut dan kebakaran.

Jentera-jentera berkenaan tidak disambungkan pada infrasstruktur pengecasan sewaktu berlakunya kebakaran.

Jentera perlumbaan MotoE Enel, MotoGP Qatar 2018
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]