Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah
- Di sini kami sediakan satu panduan ringkas mengenai simbol tayar motosikal.
- Adalah penting bagi kita untuk mengetahui makna tanda-tanda ini.
- Tayar bukan sahaja memberi kesan kepada pengendalian motosikal anda tetapi juga kepada keselamatan anda.
Kita sering mendengar pelbagai andaian yang bukan-bukan mengenai tanda-tanda yang ada pada tayar motosikal. Di sini, kami sediakan satu panduan ringkas mengenai simbol tayar motosikal.
Panduan ini telah kami sediakan untuk bagi membantu anda supaya anda tidak ditipu oleh bengkel yang tidak jujur, tetapi, yang lebih utama lagi, kerana tayar memberi kesan kepada pengendalian motosikal anda dan juga keselamatan anda.
Mari kita mulakannya. Kita mulakan dengan turutan nombor yang berikut dari tayar hadapan Bridgestone T31 sebagai rujukan.
120/70ZR17M/C(58W)
120
Ia menandakan lebar nominal tayar yang diukur di titik paling lebar tayar, dalam milimeter (mm). Anda mungkin telah sedia maklum bahawa tayar ini berbeza kelebarannya antara satu jenama dan jenama yang lain. Ini kerana pengeluar menggunakan kelebaran yang berbeza untuk menalanya bagi pengendalian yang berbeza, dengan kadar lebih kurang 4%.
70
Menandakan aspek ratio tayar atau dengan erti kata lain, ketinggian seksyen tayar. Ianya dijelaskan dalam bentuk peratusan, dan bukannya ukuran langsung. Jadi, 70% daripada 120mm adalah 84mm. Sekali lagi, pengeluar berbeza menggunakan aspek ratio berbeza dengan kadar lebih kurang 4%.
ZR
Kedua-dua abjad ini mewakili dua maksud berbeza, walaupun digabungkan bersama.
“Z” menunjukkan nisbah kelajuan tayar yang mana dalam kes ini adalah 240+ km/j. Menariknya simbol “Z” pada tayar Pirelli mewakili “Zero”, yakni toleransi sifar untuk kesilapan.
“R” pula bermaksud ‘radial construction’. Bukan ‘racing’ ya tuan-tuan dan puan-puan. Abjad ini tidak disertakan sekali sekiranya tayarnya dari jenis ‘bias-ply’ (biasanya digunakan untuk motosikal dirtbike, dwi-sukan, cruiser yang lebih lama, dan kapchai).
17
Saiz roda (rim) dalam inci
M/C
Simbol ini bermakna tayar ini untuk motosikal. Dengar tak ni Lani? Lagi sekali dengar kami dengar ‘medium compound’ kami toreh tayar anda.
(58W)
Tanda ini terbahagi kepada dua bahagian
“58” menandakan indeks muatan tayar. Ianya satu kod yang mengatakan muatan maksima untuk tayar ini adalah 236kg pada tekanan inflasi maksimum.
“W” pula merupakan indeks kelajuan tayar, dan di sini, ianya 270km/j. Di sini ianya agak mengelirukan. Bukankah tanda “Z” sebelum ini telah menandakan yang tayar ini boleh melebihi kelajuan 240km/j? Ada sebabnya mengapa indeks muatan dan indeks kelajuan telah digabungkan bersama.
Begini caranya: Kelajuan maksimum yang boleh anda tunggang sewaktu membawa muatan seberat 236kg adalah 270km/j.
Bagaimana pun, kurungan kata pada “58W” bermakna tayar ini boleh ditunggang pada kelajuan melebihi 270km/j (dan syarat anda tidak membawa berat sebanyak 236kg).
Ada lagi tanda-tanda lain pada dinding sisi tayar. Mari kita teruskannya.
TUBELESS
Tubeless bermakna tayar ini adalah tayar tanpa tiub. Sesetengah tayar mempunyai penanda “TL”. Sebaliknya, tayar dengan tiub mungkin ada penanda “TT”. Bukan, “TT” di sini tidak sama makna dengan Isle of Man TT.
GT
Anda mungkin pernah melihat tayar dengan tanda GT selepas penanda-penanda di atas, sebagai contoh, 120/70 ZR17 M/C (58W) TL GT. “GT” di sini bermakna tayar ini direka khas untuk motosikal yang lebih berat seperti BMW R 1200 RT, Kawasaki 1400GTR, Yamaha FJR1300, dan lain-lain lagi. Ianya tidak disyorkan untuk memasangnya pada motosikal kelas pertengahan anda hanya sebab “versi GT tahan lebih lama”.Benar, ia tahan lebih lama pada motosikal Versys 650 kerana kompaun tayar dan binaannya adalah untuk motosikal yang lebih berat.
MAX LOAD
Rujuk pada penanda (55W) di bawah. Hampir ke semua tayar memiliki tanda ini. Nampak apa yang tertulis atasnya? Sama seperti mana yang telah ditunjukkan oleh indeks muatan dan kelajuan.
Nombor empat digit dalam sebuah bentuk bujur atau segi empat tepat
Keempat-empat nombor ini menandakan tarikh pengilangan tayar. Dua digit pertama menandakan minggunya, manakala dua yang terakhirnya adalah tahunnya. Sebagai contoh, “2918” bermakna tayar berkenaan dihasilkan pada minggu bekerja ke-29 pada tahun 2018. Di mana adanya 52 minggu dalam satu tahun, tidak setiap minggu ada pengeluaran.
Putaran atau Arah
Setiap tayar ada satu anak panah yang menunjukkan arah putaran untuk tayar, dan itu perlu dipasang mengikut arahnya. JANGAN pasang tayar berlawanan dengan arah yang sepatutnya – walaupun “ia terasa lebih elok bila dipasang terbalik.” (Anda mungkin geli hati mendengarnya, tetapi kami pernah dengar ada penunggang yang menyebutnya.)
KESIMPULAN
Begitulah sedikit sebanyak mengenai tanda-tanda yang ada pada sebuah tayar motosikal. Ada banyak lagi tanda dan simbol namun ini adalah simbol-simbol paling utama.