Video: Bekas Penunggang MotoGP Nobuatsu Aoki Bawa Suzuki Katana Jalan-Jalan

  • Bekas penunggang MotoGP, Nobuatsu Aoki, telah menunggang sebuah motosikal Suzuki Katana yang baharu dalam video di bawah.
  • Ini adalah video penuh pertama motosikal berkenaan sejak video usikannya sebelum ini.
  • Kami masih lagi menunggu berita mengenai bila ianya akan diperkenalkan dan harganya apabila model ini tiba di Malaysia.

Model Suzuki Katana baharu telah menarik minat ramai sejak ianya dipersembahkan sewaktu pertunjukan Intermot 2018. Dan kini, telah muncul sebuah video yang telah mempamerkan bekas penunggang MotoGP, Nobuatsu Aoki, menunggang motosikal baharu tersebut.

Dalam video berkenaan, Aoki dapat dilihat menunggang motosikal Katana tersebut menyusuri selekoh, dengan daun-daun berterbangan, berlatarbelakangkan musim luruh yang cukup menawan.

Aoki kemudiannya bercerita mengenai motosikal, enjin, casis dan kelengkapan elektroniknya. Memandangkan ianya sebuah Katana, sudah pasti mereka mahu menyerlahkan spesifikasinya yang baharu itu.

“Saya bagaikan tidak percaya betapa seronoknya menunggang motosikal ini,” ujar Aoki dalam video berkenaan. “Sebuah enjin yang hebat dalam sebuah casis yang hebat, serta posisi menunggangnya cukup mengagumkan. Saya kagum dengan betapa mudah ianya boleh ditunggang.”

“Permukaan jalan raya yang basah pada hari ini dan dipenuhi dengan daun-daun yang gugur (ada satu adegan di mana dia memecut membelah selonggok daun yang besar di atas jalan raya yang telah membuatkan penulis berasa agak risau), namun, kawalan cengkaman dan ABS- nya membantu motosikal berkenaan untuk memberikan penunggangan yang mudah dengan penuh yakin.

Ianya sebuah video yang menarik untuk ditonton, kerana ianya video penuh pertama menunjukkan motosikal tersebut ditunggang, dan bukan sekadar sebuah video usikan. Kita juga dapat dengar bunyinya.

Anda boleh juga menonton video di bawah mengenai pembangunan motosikal berkenaan.

Suzuki Assemblers Malaysia telah mengesahkan yang mereka akan membawa masuk motosikal ini untuk pasaran Malaysia. Namun, buat masa ini, tiada sebarang khabar mengenai bila ianya akan mula dijual mahu pun harganya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]