Parking Ikut Suka, Dapat Donat Percuma

  • Seorang pemilik motosikal Indonesia telah diberikan pengajaran kerana memarkir motosikalnya secara sambil lewa.
  • Motosikalnya itu telah menghadang sebuah gerai, dan oleh kerana itu, pemilik gerai berkenaan telah membalas dengan menggantikan tayar hadapan motosikal tesebut dengan sebiji donat.
  • Jadi, ambil pengajaran dari berita ini dan tolong pastikan motosikal yang kita parkir tidak mengganggu orang lain.

Kami ada satu soalan untuk anda semua, apakah tayar atau roda dalam Bahasa Indonesia? Jawapannya: Ban. Dan pada kali ini, kita bawakan cerita mengenai seorang pemilik motosikal yang telah digantikan ‘ ban’ motosikalnya dengan sebiji donat.

Kita sering kali terserempak dengan motosikal yang diparkr secara sambil lewa, sama ada di celah kereta, atas bahu jalan, kawasan terbuka, mahu pun di hadapan kedai yang telah jelas tertera papan tanda “No Parking”.

Begitulah juga ceritanya di Jakarta, Indonesia.

Seorang pemilik gerai telah menemui sebuah motosikal yang diparkir semalaman di hadapan premisnya. Pemilik kenderaan berkenaan tidak meminta kebenaran untuk memarkir kenderaannya di situ, dan dia juga tidak memikirkan bagaimana tindakannya akan mengganggu aliran pelanggan gerai.

Pemilik gerai berkenaan bertindak balas dengan menggantikan tayar hadapan motosikal dengan sebiji donat.

Gambar motosikal dengan donat pada roda hadapannya telah dimuat naik dalam Twitter oleh Hendri Febry K @ndanrii dan ia menjadi tular. Bermacam-macam balasan yang menghiburkan dapat dilihat, salah satunya dari N. Firmansyah yang berbunyi, “Astaga. Mau dosa takut ketawa”.

Sementara menantikan tayar hadapannya digantikan, pemilik motosikal itu boleh sahaja makan donat yang ada itu.

Cerita ini perlu dijadikan pengajaran buat kita semua. Sudah pasti ada antara kita yang juga pernah terasa ingin melakukan perkara yang sama pada pemilik motosikal yang menyusahkan kita dengan memarkir sesuka hati mereka. Jadi, marilah kita memarkir motosikal di tempat yang telah disediakan, atau pun sekurang-kurangnya di tempat yang tidak akan menghalang atau mengganggu orang lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]