- Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim.
- Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP.
- Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
Pada tika dan saat ini, terdapat begitu banyak liputan yang telah diberikan, bukan sahaja ketika musim Moto3, Moto2, dan MotoGP, tetapi juga ketika ujian pra musim. Namun, mengapakah ujian pra musim ini amat penting sekali?
Mengapakah setiap pasukan memberikan perhatian yang begitu teliti bagi empat sesi yang diadakan dalam tempoh tiga bulan ini, walaupun kalendar perlumbaan meliputi 19 litar di seluruh dunia yang merangkumi tempah masa lapan bulan?
Objektif utama bagi ujian pra musim adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jentera baharu mereka dan mengumpul data-data yang amat penting. Penerangan ini adalah satu penerangan yang teramat ringkas memandangkan terdapat pelbagai data yang perlu diuji oleh para penunggang, pasukan, jurutera komponen, jurutera tayar, dan sebagainya bagi mendapatkan maklum balas yang diperlukan.
Para penunggang perlu menyempurnakan sejumlah besar pusingan di atas litar dan pada masa yang sama, perlu memahami bagaimana tayar dan motosikal mereka berfungsi dan mencari cara paling optimum bagi mendapatkan prestasi terbaik daripadanya. Jurutera pasukan pula, perlu menentukan atur cara suspensi dan elektronik yang manakah yang dapat menyerlahkan potensi penuh motosikal dan komponennya itu. Data itu sudah pasti amat berguna sekali sewaktu perlumbaan yang akan datang apabila pasukan telah mengetahui secara asas kebolehan jentera mereka.
Pembekal lain seperti pengeluar helmet dan sut perlumbaan, ekzos, komponen motosikal, dan lain-lain juga ingin mendapatkan maklum balas bagi menambahbaik produk mereka. Pada ketika inilah mereka boleh menyesuaikannya khusus untuk penunggang tersebut. Perkara yang sama juga benar, contohnya, bagi pembekal tempat letak kaki.
Bagaimana pun, ianya masih tidak menjelaskan betapa pentingnya ujian pada tika ini. Ini adalah kerana had pengujian yang telah dimandatkan oleh Suruhanjaya Grand Prix.
Seiring dengan spesifikasi teknologi yang diseragamkan, Suruhanjaya GP mengehadkan jumlah ujian rasmi bagi mengurangkan kos yang dibelanjakan oleh pasukan pengilang, selain mengurangkan masa yang diluangkan untuk pembangunan supaya evolusi motosikal berkenaan diperlahankan.
Pada penghujung ujian pra musim yang keempat dan terakhir di Qatar, ke semua pasukan yang tidak mempunyai kebenaran perlu menamakan enjin yang akan mereka gunakan untuk keseluruhan musim. Apabila enjinnya telah siap dibina, ianya akan disimpan rapi oleh Suruhanjaya Grand Prix. Dengan itu, pasukan hanya boleh menggunakan enjin tersebut untuk keseluruhan musim.
Ini bermakna, pasukan perlu bertindak dengan amat teliti jika tidak mahu terkandas dengan enjin yang tidak berdaya saing untuk sepanjang musim.
Suruhanjaya Grand Prix mengambil tindakan ini bagi memastikan pembangunannya dikawal selia dan memastikan yang pasukan-pasukan dengan sumber yang lebih banyak (lebih kaya) tidak sewenang-wenangnya menambahbaik jentera mereka sepanjang musim.
Kemajuan yang kita lihat pada hari ini datang dari pembangunan yang lain seperti penalaan suspensi, strategi elektronik, tayar, kesesuaian jentera dengan litar, dan semestinya, kemahiran penunggang.
Oh ya, apa yang mereka maksudkan dengan “pasukan yang tidak mempunyai kebenaran”? Menurut undang-undang perlumbaan, pasukan atau pengeluar yang tidak memperoleh kedudukan podium dalam perlumbaan cuaca kering akan diberikan lebih kelonggaran, atau kebenaran untuk membangunkan jentera mereka sepanjang musim.
Peraturan ini menggalakkan pasukan-pasukan baharu untuk menyertai kategori MotoGP. Pengeluar seperti Ducati dan Suzuki telah mendapat manfaat daripada undang-undang ini dan membolehkan mereka memberi saingan kepada pencabar utama Honda dan Yamaha. Mereka telah diberikan sedikit kelonggaran.
Sebaliknya, Aprilia dan KTM telah diberikan kelonggaran yang lebih besar dari segi had bahanapi sewaktu perlumbaan,jumlah enjin setiap musim, lebih masa ujian dan pembangunan, dan penunggang ‘wildcard’. Ini akan membantu menyegerakan pembangunan program MotoGP mereka bagi menyaingi pencabar utama.
Tanpa undang-undang sebegini, pengeluar yang lebih besar akan terus kekal di hadapan, manakala pasukan-pasukan yang lebih kecil atau yang baharu akan mendapati diri mereka terkandas di belakang grid.