Kia Picanto GT-Line 2019 dilancarkan! RM57,888

Naza Kia Malaysia secara rasminya telah melancarkan Kia Picanto GT-Line 2019 untuk pasaran negara. Kereta kompak terlaris dari Kia kini mempunyai varian yang paling ‘sporty’ pada harga yang berpatutan iaitu RM57,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

Menurut Dato’ Samson Anand George, Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd., “Berikutan kejayaan pelancaran model Kia Picanto 1.2 EX pada tahun lepas, Naza Kia Malaysia amat teruja untuk memperkenalkan varian ‘sporty’ baharu kereta A-segmen inovatif yang telah mencuri hati pengguna jalan raya Malaysia. Kami yakin Kia Picanto GT-Line akan menerima perhatian di jalan raya dengan daya tarikan tambahan yang lebih bergaya.”

Model terkini dalam siri GT-Line ini telah dikemaskinikan dengan kit badan penuh dan gril hadapan ‘Tiger Nose’ Kia ikonik yang memberi imej sebuah kenderaan yang lebih ganas dan agresif. Menyempurnakan imej berotot Kia Picanto GT-Line 2019 adalah paip ekzos berkembar sporty di bahagian belakang kenderaan.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada Kia Picanto GT-Line 2019 adalah:

  • Rim aloi 16-inci
  • Lampu siang dan kabus jenis LED
  • Antena ‘shark fin’
  • Sistem media infotainment 7-inci dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™
  • Full Auto Temperature Control (FATC)
  • Stereng ‘D-cut’ GT-Line
  • Kamera parking pandang belakang
  • Port USB dan pengecas telefon tanpa wayar

Dari segi keselamatan, Kia Picanto GT-Line 2019 mempunyai:

  • Rangka Advanced High Strength Steel (AHSS)
  • Vehicle Stability Management (VSM)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Ruang simpanan belakang 255-liter

Naza Kia Malaysia akan menawarkan model Picanto GT-Line 2019 pada harga RM57,888 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Clear White dan Aurora Black Pearl. Setiap pembelian akan menerima waranti 5-tahun tanpa had perbatuan. Kunjungi pusat pameran Naza Kia Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kia Picanto GT-Line 2019 diperkenalkan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply