MotoGP 2019: Monster Energy Yamaha MotoGP Persembahkan Kemasan Grafik Yamaha YZR-M1 2019

  • Pasukan pengilang Yamaha kini dikenali dengan nama Monster Energy Yamaha MotoGP.
  • Mereka turut memperkenalkan kemasan grafik baharu untuk jentera Yamaha YZR-M1 2019 bagi kejohanan MotoGP musim 2019.
  • Monster Energy telah mengambil alih penajaan utama dari Movistar.

Pasukan pengilang Yamaha MotoGP telah memperagakan kemasan grafik Monster Energy Yamaha MotoGP mereka yang baharu beserta jentera Yamaha YZR-M1 2019.

Monster Energy telah mengambil alih penajaan utama pasukan berkenaan daripada syarikat telekomunikasi Sepanyol, Movistar. Dengan itu, kemasan grafik baharu pasukan berkenaan didatangkan dengan lebih banyak warna hitam yang disuaikan dengan warna biru perlumbaan tradisi Yamaha. Jenama minuman tenaga itu telah pun menaja kedua-dua Valentino Rossi dan Maverick Viñales sebelum ini.


Walau apa pun jua, pasukan pengilang Yamaha ini sudah pasti berharap dapat memberikan persaingan yang sengit dalam kejohanan bagi mengubati musim 2018 mereka yang suram. Rekod tanpa kemenangan terpanjang jenama tersebut berjaya mereka akhiri apabila Viñales berjaya memenangi perlumbaan di Phillip Island.

Musim yang kurang memberangsangkan itu turut mendorong Ketua Projek Yamaha, Koiji Tsuya, untuk mengeluarkan satu permohonan maaf terbuka buat penunggang, pasukan, dan peminat. Dia kemudiannya menarik diri pada bulan lalu dan digantikan oleh bekas ketua divisyen casis, Takahiro Sumi.

Para penunggangnya, Rossi dan Viñales akan dapat menguji jentera baharu ini sewaktu Ujian Pra Musim di Litar Antarabangsa Sepang bermula 6 hingga 8 Februari ini.

Valentino Rossi

“Saya amat menyukainya – Yamaha selalunya berwarna biru, dan warna biru Yamaha ini cukup menawan, dan saya suka akan warna hitam Monster kerana ianya merupakan warna kelab bola sepak kegemaran saya, Inter, jadi saya berasa selesa dengannya.”

Maverick Viñales

“Saya tidak sabar hendak bermula, kami telah bercuti dengan terlalu lama,” ujar Viñales. “Saya ingin menunggang motosikal ini. Saya amat ingin tahu sejauh mana peningkatan yang telah kami lakukan dan ingin melihat sama ada kami telah boleh menguji motosikal ini pada tahap maksimum dalam ujian pertama.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply