- Seorang Professor Madya telah memberitahu Bernama bahawa 4 daripada 10 warga Malaysia menggunakan telefon ketika memandu.
- Gangguan antara 5 hingga 10 saat bersamaan dengan jarak 160 meter di atas jalan raya.
- Sebagai penunggang motosikal kita perlu sentiasa mengurangkan risiko dan berwaspada dengan sebarang tanda-tanda bahaya.
1 daripada 4 orang warga Malaysia menggunakan telefon pintar mereka ketika memandu – menambah lagi gangguan yang sedia ada dalam kereta.
Pakar Kejuruteraan Lebuhraya di Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia, Professor Madya Mohd Ezree Abdullah mengemukakan fakta ini ketika dihubungi oleh Bernama.
Seseorang pemandu yang tidak menumpukan perhatian antara 5 hingga 10 saat pada kelajuan purata lebuhraya ini boleh bergerak sejauh jarak 160 meter. Jauh manakah jarak 160 meter ini? Ianya jarak antara lintasan pejalan kaki di Suria KLCC dan Avenue K ke persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee.
Panggilan telefon bukan satu-satunya gangguan yang ada dengan telefon kini. Terdapat begitu banyak aplikasi yang mengganggu tumpuan pemandu seperti WhatsApp, sms, Facebook, dan permainan. Ya, kami pernah nampak pemandu bermain permainan video dalam telefon pintar mereka sewaktu memandu!
Pemandu sering menganggap yang mereka telah memberikan perhatian yang secukupnya dengan memastikan mata mereka kekal di atas jalan raya. Tetapi, berapa kerap telah kita dengar tentang pemandu yang ‘mengelamun’ walaupun pada ketika mereka sedang memandu tanpa gangguan?
Perlu diingatkan, pemandu juga mungkin diganggu tumpuan mereka oleh penumpang yang lain, lagu kegemaran mereka yang sedang berputar di radio, titik buta, dan bermacam-macam lagi.
Artikel ini bukanlah semata-mata ingin mencari kesalahan pemandu kereta (ada juga penunggang motosikal yang sibuk menjawab panggilan ketika menunggang!). Sebaliknya, kami ingin mengingatkan sesama kita untuk senantiasa berwaspada dan jangan memperjudikan nasib di tangan pengguna jalan raya yang lain. Kita harus sentiasa mengurangkan risiko di sekeliling kita dengan memberi perhatian kepada ‘tanda-tanda’ bahaya, seperti pemandu di hadapan secara tiba-tiba hendak berhenti atau menukar haluan.
Dan oleh kerana itu, sentiasalah patuh pada undang-undang jalan raya, termasuklah tidak melanggari lampu isyarat merah!