- Repsol Honda teah memperkenalkan jentera bagi kempen MotoGP 2019.
- Ianya adalah ulang tahun ke-25 kerjasama antara Repsol dan Honda.
- Beberapa buah ‘pengubahsuaian’ dapat dilihat pada jentera Jorge Lorenzo, kemasan grafik pada jentera 2019 kekal sama.
Bagi mereka yang menantikan kelainan kemasan grafik bagi jentera Repsol Honda 2019 pasti berasa hampa kerana ia tampil dengan kemasan yang sama.
Ramai yang menjangkakan kemunculan skema warna baharu memandangkan syarikat petroleum gergasi Sepanyol dan Honda berkenaan akan meraikan ulang tahun ke-25 kerjasama mereka. Namun begitu, mereka tampil dengan kemasan grafik yang sama sahaja.
Walau bagaimana pun, tampak jelas beberapa buah perbezaan yang nyata pada jentera Jorge Lorenzo (gambar di atas).
- Lengan ayun dan kerangka aluminium digilap.
- Tangki bahanapi yang dipanjangkan ke belakang. Lorenzo lebih gemar
- menetapkan beratnya lebih jauh ke belakang.
- Penghenti pelana yang dipanjangkan.
- Kedua-dua jentera kini dilengkapi dengan panel aero yang lebih besar.
Pelancarannya telah diadakan di Litar Sentul di Indonesia. Penunggang semasa Marc Marquez dan Jorge Lorenzo telah disertai oleh juara Repsol Honda yang lalu, Mick Doohan dan Alex Creville.
Kerjasama Repsol-Honda bermula pada tahun 1994 sewaktu Doohan memenangi kejohanan GP 500cc dunianya yang pertama daripada lima. Alex Creville telah memenangi kejohanan tahun 1999 apabila Doohan terbabas sewaktu pusingan kelayakan bagi Grand Prix Sepanyol di Jerez dan terpaksa bersara.
Kedua-dua penunggang semasa menjawab soalan mengenai betapa gembiranya mereka dapat bersama pasukan berkenaan, dan keyakinan mereka dalam memenangi kejohanan tahun ini, dan sebagainya.
Marc Marquez akan beraksi dalam sesi ujian pemanas badan bermula 1 hingga 3 Februari sebelum bermulanya ujian pra musim 2019 rasmi pertama yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Februari. Kedua-dua ujian ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.