Kenal Pasti Simptom Suspensi (Bahagian 2) – Redaman Lantunan

  • Kami telah menghimpunkan sebuah panduan mengenal pasti simptom suspensi.
  • Panduan mengenal pasti masalah ini mudah untuk diingati dan digunakan.
  • Kita teruskan dengan redaman lantunan kerana kebanyakan sistem suspensi boleh laras telah dilengkapi dengannya, berbanding dengan redaman mampatan.

Kami telah menyiarkan satu panduan mengenal pasti masalah pelarasan pra muatan semalam (TEKAN SINI untuk artikel berkenaan). Hari ini, kami teruskan dengan dengan redaman lantunan (atau “TEN” untuk suspensi Jepun).

Apakah yang dimaksudkan dengan redaman lantunan?

Sebagai penyegar semula ingatan, redaman lantunan mengawal kadar sepantas mana pegas kembali kepada panjang asalnya setelah dimampatkan. Tanpa redaman lantunan, pegas akan kembali semula pada kedudukan asalnya dengan terlalu cepat, kadang kala lebih dari keadaan asalnya. Inilah yang menyebabkan ayunan (oscillation) – pergerakan yang terhenggut-henggut itu.

Bayangkan redaman lantunan ini seperti brek sewaktu pegas kembali kepada kedudukan asal. Lebih banyak redaman lantunan yang anda tambah, lebih perlahan roda mendekam, dan begitulah sebaliknya.

Pelaras redaman lantunan ditandakan sebagai TEN (untuk tegangan) pada fork Showa.

Redaman lantunan terlalu sedikit (hadapan)

  • Fork terasa terlalu lembut apabila menunggang secara menegak.
  • Apabila halaju bertambah, bahagian hadapan mula terasa lembik dan anda teragak-agak apa yang dilakukan oleh tayar (kehilangan tindak balas).
  • Sewaktu anda membelok memasuki selekoh, tayar hadapan mulai terhenggut-henggut dan kehilangan cengkaman. Anda dapat merasa yang bahagian hadapannya tidak stabil dari palang pemegang.
  • Motosikal tidak dapat distabilkan selepas ‘countersteering’ pantas memasuki selekoh.

Redaman lantunan terlalu banyak (hadapan)

Suspensinya ‘mendekam’, menyebabkan kehilangan cengkaman terutamanya di atas jalan raya yang tidak rata.
Tunggangan terasa kasar, berbeza sama sekali dengan redaman lantunan yang terlalu sedikit.
Bahagian hadapan terasa bergoyang atau akan menyebabkan ‘tank slap’ sewaktu memecut deras keluar dari selekoh yang tidak rata.
Keadaan jalan raya yang tidak rata yang berterusan akan menyebabkan motosikal tidak mahu menurut kemahuan penunggang.

Pelaras redaman lantunan penyerap hentakan belakang terletak di bawah pegas.

Redaman lantunan terlalu sedikit (belakang)

  • Tunggangan terasa terlalu selesa sewaktu dalam kelajuan bersiar namun mulai bergoyang dan terumbang-ambing apabila bertemu dengan jalan yang tidak rata.
  • Kurang cengkaman di atas jalan raya yang tidak rata ketika pembrekan keras dan rodanya mulai terhenggut-henggut.
  • Suspensi belakang terlompat-lompat mengakibatkan casisnya mengalihkan beratnya ke hadapan dan belakang. Ianya teramatlah memberangkan apabila anda menunggang motosikal dengan jarak antara roda yang pendek.

Redaman lantunan terlalu banyak (belakang)

  • Pematuhan suspensi menjadi lemah dan dengan itu terasa tidak meyakinkan.
  • Cengkamannya lemah di atas jalan raya yang tidak rata sewaktu pembrekan keras.
  • Motosikal cenderung untuk tersasar keluar dari selekoh sewaktu pendikit dipulas di pertengahan selekoh di mana ia memaksa tayar hadapan untuk terangkat.
  • Bahagian belakang motosikal melompat dan melantun apabila pendikit dilepaskan.

Teruskan bersama kami untuk Bahagian 3 di mana kami akan mengenal pasti simptom redaman pemampatan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]