- Kami mempratontonkan model GPX Legend 150, GPX Gentleman 200, GPX Demon GPR 150 dan GPX Demon GX 150.
- Motosikal-motosikal ini menawarkan rupa paras dan prestasi jentera yang berkapasiti lebih tinggi pada harga yang berpatutan.
- GPX merupakan pengeluar dari Thailand yang menghasilkan hampir ke semua komponen motosikal mereka.
Kami telah diberi peluang untuk mempratontonkan model-model GPX Legend 150, GPX Gentleman 200, GPX Demon GR dan GPX Demon GN oleh Bike Continent Sdn. Bhd.
Model-model GPX ini merupakan motosikal dengan rupa yang mengagumkan pada harga yang menakjubkan. GPX turut menjamin bahawa motosikal-motosikal ini telah dibina dengan kemas dan teguh.
https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/935644803492605/?t=0
GPX adalah sebuah pengeluar motosikal Thailand. Mereka menghasilkan sendiri kerangka, bahagian badan, dan pelbagai komponen-komponen motosikalnya, kecuali bahagian enjinnya. Enjin-enjinnya telah dibina di China, namun begitu, GPX telah menempatkan jurutera-jurutera Thailand dan Jepun mereka di kilang bagi mengawasi kualitinya dengan teliti.
Pengeluar berkenaan kini merupakan jenama ketiga terlaris di Thailand berdasarkan jumlah jualan. Mereka aktif dalam menganjurkan konvoi dan acara istimewa buat pelanggan mereka, seperti perhimpunan mega di Hard Rock Café Siam Square di Bangkok.
GPX Legend 150 (dari RM8,XXX – disediakan bermula April 2019)
Motosikal Legend 150 adalah model retro bagi mereka yang meminati keringkasan dan pengkhususan. Dan dengan itu, model Legend ini datang ringkas dalam bentuk standardnya.
Model ini telah pun mendapat sambutan hangat di Thailand. Para penggemar pengkhususan di negara berkenaan telah pun menghasilkan pelbagai motosikal buatan khas yang mengagumkan. Pelana bangku dan tangki bahanapinya yang panjang memberikannya rupa klasik 50-an.
Dan dengan itu, ia pasti akan mendapat sambutan di kalangan penggemar motosikal di Malaysia yang ingin memiliki motosikal yang melambangkan peribadi mereka, berbanding hanya memiliki sesuatu yang anda boleh temui di mana-mana sahaja.
Model Legend 150 ini dijana oleh enjin satu silinder, sejukan udara, 150cc. Dari pemerhatian kami, penjana kuasa ini tampak teguh binaannya dengan kemasan yang rapi.
Casisnya dikendalikan oleh sepasang fork teleskopik dan sepasang penyerap hentakan di bahagian belakangnya. Kerangka adalah kerangka ruang yang dikimpal yang menggunakan sebagai ‘stressed member’.
GPX Gentleman 200 (dari RM10,980)
Model Gentleman adalah motosikal café racer dalam rangkaian GPX ini.
Model ini didatangkan dengan beberapa buah ciri yang menarik:
- Lampu hadapan dan belakang LED.
- Paparan intrumen (tolok) LCD.
- Tangki bahanapi dengan penutup ala Monza.
- Pelana berjahit, pelitup pelana belakang.
- Kotak udara bulat besar yang tampak seperti lohong masukan bagi sebuah pengecas turbo.
- Subkerangka dan bahagian ekornya yang diskulptur.
- Fork terbalik.
- Saspensi belakang monoshock.
Motosikal Gentleman ini dijana oleh enjin satu silinder, sejukan udara, 200cc. Kualiti komponennya jelas sekali kelihatan.
GPX Demon GPR 150 (dari RM9,XXX – disediakan bermula Februari 2019)
Mini-Panigale? Tidak syak lagi!
Penggayaan Demon GPR ini mengambil ilham daripada model Ducati Panigale yang cukup menggiurkan dengan beberapa buah perbezaan.
Sebagai contoh, terdapat lampu LED pada tempat di mana terletaknya lohong masukan udara pada model Panigale.
Ciri utama:
- Lampu hadapan LED sepenuhnya bergaya raptor agresif.
- Lampu belakang LED.
- Reraup penuh, lengkap dengan bilah dan lohong.
- Pelana bertingkat yang sporty.
- Fork terbalik, saspensi belakang monoshock.
- Panel instrumen LCD.
- Kerangka keluli trellis.
- Lengan ayun tempa.
Motosikal Demon GPR ini dilengkapi dengan roda aloi tempa 14 inci. Ianya dijana oleh enjin satu silinder, sejukan udara, 150cc yang sama seperti model Legend 150.
GPX Demon GN 150 (dari RM8,XXX – disediakan bermula Mac 2019)
Model Demon GN adalah versi ‘naked’ bagi motosikal Demon GPR. Ia kelihatan seperti sebuah motosikal streetfighter.
Ciri utama:
- Lampu hadapan LED sepenuhnya yang kemas.
- Lampu belakang LED sepenuhnya.
- Pelana bertingkat yang sporty.
- Fork terbalik, saspensi belakang monoshock.
- Panel instrumen LCD.
- Kerangka keluli trellis.