Konvoi “Explore The Unexplored” Modenas Dominar Kembali Untuk Pusingan Ke-4

Perhatian buat para pemilik Modenas Dominar D400 di Selatan tanah air kita! Modenas dengan berbesar hatinya ingin menjemput anda untuk menyertai tunggangan “Explore the Unexplored” mereka yang berikutnya, yang akan berlangsung pada hari Sabtu yang akan datang, 12 Januari 2019! Konvoi dengan penyertaan terhad ini (permohonan boleh dilakukan melalui emel, maklumatnya akan diberikan di bawah) akan bermula dari Tebrau menuju ke Mersing untuk menikmati makan tengah hari (yang ditaja Modenas) sebelum meneruskan perjalanan ke Kluang dan kemudiannya pulang semula.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai tunggangan ini, anda perlu emelkan maklumat anda ke alamat [email protected] (nama penuh, nombor pendaftaran motosikal/nombor plet motosikal, nombor kad pengenalan, dan juga nombor telefon bimbit). Tempat berkumpul pertama telah ditetapkan di Sayed Bistro Tebrau pada jam 7 pagi untuk sarapan (sekali lagi, ditaja Modenas!) dan taklimat penunggangan. Konvoi akan mula bergerak pada jam 8 pagi di mana hentian pertama tunggangan ini adalah Jeti Tanjung Leman yang merupakan lokasi pertama pertandingan foto Motography.

Apakah pertandingan foto Motography ini? Mereka yang menyertai tunggangan ini boleh (dan kami amat menggalakkan anda untuk merebut peluang ini) untuk mengambil bahagian dalam pertandingan foto Motography, di mana anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik, antaranya helmet Shark baharu dan jaket penunggangan Alpinestars!

Akan ada dua lagi lokasi fotografi Motography sepanjang tunggangan hari berkenaan jadi pastikan anda mengambil pelbagai gambar pemandangan (termasuklah gambar motosikal Modenas Dominar D400 kesayangan anda) DAN serahkannya untuk menyertai pertandingan berkenaan.

Ke semua belanja akan ditaja oleh Modenas (kecuali minyak petrol) bagi konvoi “Explore the Unexplored” pertama bagi tahun 2019. Siri penunggangan epik ini telah diadakan sejak tahun lalu di mana ia telah mengambil tempat di seluruh Semenanjung Malaysia dan untuk hujung minggu yang akan datang, konvoi ini akan menuju ke Selatan tanah air kita!

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai tunggangan ini, anda perlu emelkan maklumat seperti nama penuh, nombor pendaftaran motosikal (nombor plet), nombor kad pengenalan,dan nombor telefon bimbit ke alamat [email protected] dengan segera kerana bilangan pesertanya terhad. Jadi, segeralah mendaftar bagi menjadi menyertai pengembaraan epik tajaan Modenas dan Bajaj ini!

Konvoi Modenas Dominar 400 Ke Kuantan – “When Life’s A Beach”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply