Warga Malaysia Terkandas Di Thailand Memerlukan RM200,000

Sumber imej: Kosmo! Online
  • Seorang warga Malaysia telah terkandas di Thailand susulan sebuah kemalangan.
  • Dia perlu membayar pampasan berjumlah RM200,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
  • Dia juga perlu menjalani rawatan lanjutan untuk kecederaan yang telah dialaminya sewaktu kemalangan berkenaan.

Semalam, kami telah menyiarkan berita mengenai jenis-jenis insurans yang anda perlu ada sekiranya anda menyewa skuter atau motosikal di Thailand. Kami menyiarkan artikel berkenaan setelah mendapat khabar mengenai satu pasangan warga Malaysia yang dituntut untuk membayar pampasan sejumlah RM200,000.

Nampaknya, penunggang berkenaan, encik Abdul Wahab Yahaya, 56 tahun, masih lagi terkandas di Thailand kerana dia perlu melunaskan pampasan tersebut sebelum dia dibenarkan untuk meninggalkan negara berkenaan. Pasportnya kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.

Encik Wahab bersama isterinya sedang menunggang motosikal sewa mereka pada 19 Disember lalu di Krabi apabila mereka terlanggar seorang pejalan kaki dan menyebabkan kematiannya. Pada mulanya, keluarga mangsa menuntut pampasan berjumlah RM580,000 namun telah dikurangkan jumlahnya menjadi RM200,000 selepas rundingan bersama peguam encik Abdul Wahab.

Mengikut undang-undang dan budaya Thailand, pengendali kenderaan bertanggungjawab atas kemalangan yang melibatkan pejalan kaki, tidak kiralah siapa yang bersalah. Selain itu, pengendali kenderaan perlu membayar pampasan kematian pejalan kaki.

Menurut anak encik Abdul Wahab, Amirun, ayahnya telah dibenarkan keluar dari hospital. Namun, dia masih perlu mendapatkan rawatan susulan seperti membuka jahitan di dalam mulutnya dan pembedahan untuk menanggalkan skru dalam tulang rahangnya.

Wakil Konsulat Malaysia melawat encik Abdul Wahab – Sumber imej: Kosmo! Online

Pasangan encik Abdul Wahab telah pun kembali ke Malaysia tetapi masih memerlukan rawatan lanjutan kerana dia mengalami konkusi dalam kemalangan tersebut.

Selain itu, encik Abdul Wahab perlu hadir ke mahkamah pada 9 Januari yang akan datang. Keluarganya telah pun mendapatkan khidmat peguam di Thailand.

Amirun telah membuat rayuan kepada rakyat Malaysia pada 31 Disember untuk membantu mengurangkan beban melunaskan pampasan berjumlah RM200,000 dengan mengadakan sebuah tabung. Ia telah mengutip derma sebanyak RM60,000 sehingga 1 Januari lalu. Anda boleh menghulurkan bantuan dengan menyumbang ke akaun Maybank Hasanah Abdul Wahab, yang bernombor akaun 512875516248.

Amirun turut mengucapkan terima kasih kepada warga Malaysia atas bantuan mereka. Dia juga berterima kasih dengan Kedutaan Malaysia atas bantuan mereka dalam kes ini.

Marilah kita berdoa agar encik Abdul Wahab mendapat pengadilan yang saksama dan agar dia dapat segera pulang ke tanah air kita.

Sumber: Kosmo! Online

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply