- Jorge Lorenzo akhirnya telah memberikan tanggapan pertamanya berkenaan dengan jentera Repsol Honda.
- Dia telah menunggangnya sewaktu ujian pasca musim Jerez dan di Valencia pada tahun lepas.
- Dia menyertai Marc Marquez sebagai sebahagian daripada pasukan Honda yang akan bersaing dalam kejohanan MotoGP tahun ini.
Jorge Lorenzo mengatakan jentera Honda RC213V lebih serasi dengannya berbanding jentera Ducati Desmosedici.
Juara Dunia lima kali itu telah mengejutkan semua apabila dia mengumumkan perpindahannya dari pasukan Ducati MotoGP ke pasukan Repsol Honda bermula tahun ini. Dia mengambil alih tempat Dani Pedrosa dalam pasukan berkenaan setelah Dani mengumumkan persaraannya dari perlumbaan.
Semenjak itu, Lorenzo telah menunggang jentera Honda RC213V sewaktu ujian pasca musim 2018 Valencia dan Jerez. Bagaimana pun, ini merupakan kali pertama dia bersuara, di mana kontraknya bersama Ducati tamat pada hujung tahun 2018.
“Musim lalu, saya menunggang jentera yang berbeza sama sekali, yang amat besar dan tinggi,” ujar Lorenzo. “Barang kali ianya terlalu tinggi bagi saya. Jentera Honda lebih sesuai dengan saya dari segi saiznya. Ianya lebih kompak, lebih kecil dan lebih rendah, yang mana dengannya saya boleh mengiring dengan lebih baik.”
“Saya berasa lebih yakin sewaktu memasuki selekoh, kerana, dengan lebih dekatnya diri anda dengan permukaan asfalt, anda akan berasa lebih yakin. Tanggapan pertamanya adalah positif dan saya nampak banyak potensinya di situ.”
“Pada ketika itu, ekspresi anda menceritakan segala-galanya. Ia amat mengujakan, serba baharu, dan amat menyeronokkan. Selain itu, sekiranya perasaan awalnya bagus, anda boleh bacanya dengan lebih baik dari ekspresi anda.”
Honda telah melakukan beberapa buah modifikasi terhadap jentera tunggangan Lorenzo menjelang ujian kedua di Jerez.
Ia meliputi tangki bahanapi yang lebih mencengkam, yang mana mirip dengan pengubahsuaian yang dilakukan pada jentera Ducati Desmosedici GP18. Dia telah memenangi pusingan MotoGP Itali sejurus selepas pengubahsuaian berkenaan.
“Salah satu perkara yang amat saya kagumi adalah kebolehan pasukan Repsol Honda untuk bertindak balas, memberikan apa yang anda minta,” ujar Lorenzo. “Saya menjelaskan dengan teliti apa yang saya mahukan, dan Honda telah mencatatkan semua permintaan saya dan dalam masa beberapa hari mereka telah menyediakan ke semuanya dan kami telah ada sebuah tangki bahanapi hampir seratus peratus seperti yang saya mahu.”
Lorenzo sedar yang dia telah menyertai pasukan MotoGP yang paling berjaya dan tidak sabar menantikan peluang yang ada di hadapannya. Pasukan Honda ini telah memenangi 15 kejohanan penunggang, termasuklah kejohanan yang dimenangi Marc Marquez tahun lalu.
“Repsol Honda mungkin sekali pasukan yang paling berjaya dalam sejarah,” ujar Lorenzo. “Mereka berjaya meraih kemenangan dan takhta kejohanan paling banyak.”
“Jika dibandingkan dengan pasukan bola sepak, mereka ini seperti Barcelona atau Real Madrid. Tiada pasukan lain yang memenangi lebih banyak kejohanan atau lebih dikenali di seluruh dunia berbanding mereka.”
Penunggang ini, bersama teman sepasukannya yang baharu, Marc Marquez, telah bersedia bagi menjalani Ujian Musim Sejuk 2019 di Litar Antarabangsa Sepang, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019.
Sumber: Crash.net