Dengarlah bunyi Toyota Supra baharu!

Toyota Europe baru sahaja mengeluarkan satu klip video berkenaan dengan model yang ramai sedang menunggu kemunculan rasminya iaitu Toyota Supra baharu. Klip 30 saat yang telah dimuat naik ke laman web YouTube itu focus kepada bunyi Supra generasi baharu yang ikonik dan juga mengujakan.

Bunyi yang merdu dan ganas pada masa yang sama teramatlah sesuai bagi model ikonik dari Toyota ini akan tetapi, Toyota Supra generasi baharu (model A90) ini tidak menggunakan enjin yang berdasarkan 2JZ-GTE 3-liter enam-silinder sebaris turbo dari Supra generasi ke-empat model A80.

Menurut video diatas, enjin ‘legenda’ 3-liter enam-silinder sebaris ini diperolehi dari kerjasama antara Toyota dan juga BMW dalam Supra generasi baharu. Model terkini BMW Z4 2019 yang dikatakan mengguna platform dan ‘powertrain’ yang seakan serupa dengan Supra baharu mampu menjana 340hp dan 500Nm tetapi Toyota telah pun berkata bahawa pembangunan projek Supra baharu ini adalah mengikut spesifikasi mereka sendiri dan tidak serupa dengan BMW.

Video yang telah dimuat naik telah dikaburkan dengan sengaja untuk menyembunyikan identiti rupa sebenar Supra generari baharu dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Januari 2019 di North American International Auto Show 2019 yang akan berlangsung di Detroit, Amerika Syarikat. Lebih kurang tiga minggu lagi sahaja, tuan-tuan dan puan-puan!

Toyota Vios 2019 dipratontonkan di KLIMS 2018 – Dari RM77,200

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply