Honda Malaysia telah menghadiahkan tujuh buah Honda City baharu kepada para pemenang peraduan kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018. Peraduan ini telah dijalankan sempena ulang tahun Honda yang ke-70 dimana Honda Malaysia memberi fokus kepada aspek membeli, menjual dan mereka dari konsep ‘3 Joys of Honda’.
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, En. Roslan Abdullah berkata, “Peraduan ini adalah satu usaha untuk menunjukkan penghargaan kami kepada pelanggan yang disayangi. Ia adalah sokongan kuat para pelanggan kami yang membolehkan Honda Malaysia menjadi jenama No.1 Segmen bukan nasional selama tiga tahun berturut-turut.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami mempercayai jenama Honda. Kami akan terus menyediakan ‘Joy of Buy’ dan memenuhi permintaan pelanggan kami untuk kepuasan yang lebih tinggi.”
Kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan sepanjang dua bulan telah menerima lebih dari 4,800 penyertaan dari seluruh negara dan 301 pemenang telah berjaya memenangi pelbagai hadiah dimana tujuh buah Honda City baharu merupakan hadiah utama bagi setiap minggu. 17 pemenang tempat kedua berjaya membawa pulang sistem pawagam rumah Sony Blu-ray dan 277 pemenang yang lain mendapat barangan rasmi Honda.
Model Honda City telah mengekalkan kedudukannya sebagai No. 1 dalam segmen B di Malaysia dan juga model paling laris Honda. Tahun ini, model ini telah menyumbang lebih daripada 30,200 unit dijual atau 32% jumlah jualan Honda Malaysia dari Januari hingga November, menjadikannya jualan tertinggi dalam tempoh ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.