Yamaha NVX 2019 Dengan Warna Baharu dan Suspensi Dikemaskini

  • Skuter Yamaha NVX 2019 Didatangkan dengan warna baharu dan suspensi yang dikemaskini.
  • Penyerap hentakan belakangnya kini dilengkapi dengan takungan ‘remote reservoir’.
  • Model 2019 ini boleh mula didapati bermula pertengahan bulan Disember 2018.

Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan model Yamaha NVX 2019.

Ianya tidak dapat disangkal lagi bahawa skuter Yamaha NVX telah menakluki jalan raya negara. Penggemar skuter negara menggemarinya kerana rupa parasnya yang agresif, prestasinya, pengendaliannya, dan semestinya, kerana kemudahannya. Kami secara peribadinya telah pun terserempak dengan model yang telah dikhususkan dengan meluas yang mampu bersaing dengan motosikal berkapasiti besar di atas lebuh raya.

Kami telah menguji skuter ini pada bulan Ogos 2017 yang lalu dan cukup seronok menungganginya. Sila tekan pautan di bawah untuk membaca ulasan kami dengan lebih lanjut.

Diuji: Yamaha NVX155 – Jentera Skuter Yang Menyeronokkan

Keseronokan itu secara amnya adalah hasil daripada enjin ‘Blue Core Technology’-nya itu. ‘Blue Core’ adalah ‘pakej’ prestasi dan ekonomi bahanapi hak milik Yamaha. Ia terdiri daripada ‘Variable Valve Actuation’ (VVA), kecekapan pendinginan yang dioptimakan, sistem ‘Start & Stop’, dan lain-lain lagi. Skuter ini disahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Model 2019 juga turut mengekalkan panel meter LCD 5.8 inci dan ciri kunci SMART pada skuter ini.

Model 2019 ini kini dilengkapi dengan penyerap hentakan belakang dengan takungan ‘remote reservoir’. Penyerap hentakan jenis ini bermakna yang ianya mempunyai lebih banyak minyak atau gas yang disimpan dalam takungan. Sewaktu minyak bergerak ke hadapan dan belakang di antara badan utama penyerap hentakan dan takungan, ianya didinginkan, dan dengan itu, memberikan prestasi redaman yang lebih konsisten. Selain itu, ianya menjadikan skuter ini tampak lebih sporty!

Skuter Yamaha NVX 2019 ini didatangkan dalam tiga kemasan warna baharu, iaitu, Race Blu, Fiery Red, dan Active Yellow, beserta dengan kemasan grafik baharu.

Ia akan mula disediakan bermula pertengahan bulan Disember 2019 dan ditetapkan pada harga RM9,988 (harga jualan asas, tidak termasuk cukai dan insurans).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply