Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan Mitsubishi Triton 2019 sempena Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) yang kini sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur. Generasi terkini Triton akan dilancarkan secara rasmi dalam suku pertama 2019.
Dengan prinsip “Drive Your Ambition”, Mitsubishi Triton 2019 telah direka khas dengan prestasi dan juga imej yang tahan lasak dimana bahagian luaran, pengendalian dan ciri keselamatan telah pun dipertingkatkan lagi untuk apa jua gaya pemanduan.
Dari segi luaran, reka bentuk trak pikap moden telah dikemaskinikan dengan gaya Mitsubishi Motors Dynamic Shield lebih-lebih lagi di bahagian depan. Lampu nipis yang disayapkan dengan gril dan lampu kabus memberi sebuah imej trak pikap yang kena dengan gaya hidup moden.
Mitsubishi Triton 2019 dikuasakan dengan enjin 2.4-liter MIVEC turbodiesel dengan teknologi Variable Valve Timing yang mampu menjana 180hp dan 430Nm tork maksimum. Sistem transmisi automatik 6-kelajuan juga telah ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti Super Select 4WD II dan Off-Road Mode.
Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Mitsubishi Triton 2019 adalah:
- Forward Collision Mitigation (FCM)
- Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Blind Spot Warning (BSW)
- Lane Change Assist (LCA)
- Auto High Beam (AHB)
Tempahan pra-pelancaran telah pun dibuka oleh MMM dengan harga anggaran dari RM100,000 hingga RM140,000. 1,000 pelanggan pertama yang berjaya membuat tempahan akan menerima beg Thule edisi terhad bernilai RM2,000. Untuk maklumat lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my.