Lexus ES 250 2019 dipratonton di KLIMS 2018

Jika anda inginkan sebuah kenderaan yang mempamerkan segala jenis aspek ekslusif pada harga yang tidak terlalu keterlaluan, jenama Lexus boleh dipertimbangkan lebih-lebih lagi dengan model terkini mereka yang sedang dipratontonkan di KLIMS 2018 iaitu Lexus ES 250 2019.

Generasi ke-tujuh Lexus ES ini merupakan sedan eksekutif bukan sahaja mempunyai rupa bentuk yang anggun, moden dan seksi malah ia juga direka bentuk khas dengan pelbagai jenis teknologi inovasi yang akan memberi unsur kemewahan, keselesaan dan tahap keselamatan yang tinggi.

Jika anda ingin ke KLIMS 2018, sila singgah ke ruang pameran Lexus di mana anda dapat melihat betapa menariknya rupa bentuk Lexus ES 250 2019 yang sedang dipamerkan lebih-lebih lagi bahagian depan. Disebalik gabungan gril ‘Spindle’ dan lampu LED yang tajam, terdapat enjin 2.5-liter empat silinder Dynamic Force yang mampu menjana 204hp dan 243Nm tork maksimum.

Segala kuasa ini dikawal oleh kotak transmisi automatik 8-kelajuan jenis ‘Direct Shift’ yang memberi daya pecutan yang linear dan senyap; sesuai untuk sebuah kenderaan sedan mewah. Jika anda inginkan lebih kemewahan, masuk sahaja ke bahagian kabin dan memang anda akan dipersembahkan oleh segala kemewahan sebuah sedan dari Lexus.

Ciri-ciri yang terdapat dalam Lexus ES 250 2019 adalah:

  • Panel paparan 12.3-inci jenis EMV
  • Meter kombinasi digital TFT 7-inci
  • Sistem Heads-up Display terbesar dalam kelas kenderaan
  • Lexus Safety System+
  • Pre-Collision Autonomous System
  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Adaptive High Beam System (AHS)
  • Road Sign Assist (RSA)
  • Parking Support Brake System
  • Panoramic View Monitor

Lexus Malaysia juga mempamerkan sebuah Lexus UX atau ‘Urban Crossover’ iaitu model SUV kompak pertama dari Lexus. Dari segi reka bentuk, memang tidak dapat dinafikan bahawa ia mempunyai gaya sebuah kenderaan mewah dari Lexus dan ia akan hadir di pasaran Malaysia dalam masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.lexus.com.my atau kunjungi KLIMS 2018 yang sedang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur sehingga 2 Disember 2018.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply