Boon Siew Honda Lancarkan Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, Dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019

  • Boon Siew Honda telah melancarkan model Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019.
  • Pelancaran ini diadakan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018.
  • Motosikal-motosikal ini adalah sebahagian daripada janji BSH untuk memperkenalkan 12 model baharu pada tahun 2018.

Ianya antara motosikal-motosikal yang telah kita nantikan buat sekian lama dan kini, ianya telah tiba. Boon Siew Honda telah melancarkan motosikal Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019. Pelancaran tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

HONDA PCX HYBRID 2019

Dilancarkan di Tokyo Motor Show 2017, seiring dengan varian elektrik (EV), Honda Japan merancang untuk memasarkan model ini di sekitar negara Asia pada tahun ini. Prospek memiliki sebuah motosikal hibrid daripada sebuah pengeluar terkemuka sudah pasti cukup mengujakan. Kami telah melaporkan tentang pelancarannya pada tahun 2017 yang lalu.

Honda PCX Electric Dan PCX Hybrid Diperkenalkan

Tarikan:

  • Dijana oleh enjin petrol satu silinder sejukan cecair 150cc.
  • Enjin tersebut dipaut pada sebuah motor elektrik.
  • Motor tersebut pula telah dibantu oleh sebuah bateri Lithium-ion keluaran tinggi.
  • Selain itu, sistem bantuan motor itu digandingkan dengan penghidup enjin ACG.
  • Enjin petrol menghasilkan 14.5hp (10.8kW) pada 8,500rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.
  • Motor elektrik pula menghasilkan 1.9hp (1.4kW) pada 3,000rpm dan 4.3Nm pada 3,000rpm.
  • Ciri ‘Enhanced Smart Power’ (eSP) dan ‘Idling Stop System’ (ISS) meningkatkan lagi ekonomi bahanapinya.
  • Model PCX Hybrid 2019 ini datang dengan tiga mod tunggangan: Drive (D), Sport (S), Idling OFF (menyahaktifkan ISS dan mengekalkan tahap kuasa mod D).
  • Ciri lain model ini termasuklah ‘Combined Braking System’ (CBS), SMART KEY Honda, lampu LED sepenuhnya, konsol digital sepenuhnya, palam DC untuk pengecasan peranti, ruang simpanan bawah pelana yang luas, tangki bahanapi 8 liter.
  • Model Honda PCX Hybrid 2019 ini didatangkan dengan kemasan warna Pearl Dark Night Blue.

BSH menetapkannya pada harga RM13,499 (harga jualan runcit tidak termasuk cukai, insurans, dan pendaftaran).

HONDA FORZA 300 2019

Model Forza 300 merupakan skuter maxi terlaris Honda di Eropah untuk beberapa tahun yang berturut-turut. Model tahun 2019 tampil dengan penggayaan baharu yang agresif dan beberapa ciri untuk kemudahan penunggang.

Tarikan:

  • Enjin SOHC, empat injap, sejukan air, 279cc-nya itu menghasilkan 24.8hp (18.5kW) pada 7,000rpm dan 27.2Nm tork pada 5,750rpm.
  • Penggunaan bahanapi pada kadar 31km/L.
  • Tangki bahanapi 11.5 liter.
  • 12kg lebih ringan berbanding model tahun 2015.
  • Jarak antara roda 35mm lebih pendek pada 1510mm.
  • Skuter automatik Honda yang pertama dilengkapi dengan “Honda Selectable Torque Control” (HSTC) – setara dengan kawalan cengkaman.
  • Skrin LCD dengan tolok analog.
  • ABS didatangkan standard.
  • SMART KEY Honda.
  • Ruang simpanan bawah pelana yang boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’.
  • Palam pengecas 12V.
  • Penghadang angin boleh laras secara elektrik.
  • Lampu LED sepenuhnya.
  • Model Forza 300 2019 didatangkan dengan pilihan kemasan warna Pearl Horizon White Sword Silver Metallic, Asteroid Black Metallic.

BSH menetapkan harganya pada RM30,999.00 (harga jualan runcit tidak termasuk cukai jalan, insurans, pendaftaran).

HONDA CBR1000RR FIREBLADE 2019

“Fireblade” di sini bererti berat yang rendah, dan dengan itu, nisbah kuasa-ke-berat yang lebih tinggi sejak pengenalan model CBR900RR yang bersejarah pada tahun 1992. Honda mengatakan bahawa CBR1000RR yang baharu ini diilhamkan oleh konsep “Next Stage Total Control”.

Tarikan

  • Enjin ‘inline-Four’, 16 injap, DOHC, 998cc-nya itu menghasilkan 189hp (141kW) pada 13,000rpm dan 114Nm tork pada 11,000rpm.
  • Keseluruhan kuasa tersebut dikerah oleh “Honda Selectable Torque Control” (HSTC), ‘Selectable Engine Braking’ (SEB), ABS, ‘Power Selector’, dan kelengkapan pilihan tambahan quickshifter dengan ‘Downshift Assist’.
  • Sebuah ‘Riding Mode Select System’ (RMSS) 3-mod digabungkan dengan HSTX, SEB, dan kuasa enjin.
  • Terdapat juga dua mod yang boleh dilaras oleh penunggang.
  • Ianya didatangkan dalam pilihan warna Grand Prix Red dan Matt Ballistic Black Metallic.

Boon Siew Honda telah menetapkan harga bagi model Honda CBR1000RR Fireblade 2019 ini pada RM91,999.00 (harga jualan runcit tidak termasuk cukai jalan, insurans, pendaftaran).

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply