Mercedes-Benz Malaysia lancar TIGA SUV baharu! Dari RM915,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan tiga SUV terkini mereka iaitu Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC, Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4MATIC dan Mercedes-AMG G 63. Model-model ini merupakan model berprestasi tinggi yang digabungkan dengan reka bentuk dan karakteristik sebuah SUV premium untuk pasaran negara.

Dari segi prestasi, model GLC 63 S dan GLC 63 S Coupe didatangi dengan enjin AMG 4 liter jenis V8 biturbo yang mampu 510hp dan 700Nm tork maksimum. Segala kuasa dikawal oleh kotak transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9-kelajuan yang memberi prestasi pertukaran gear yang lebih pantas dan juga fungsi ‘double-declutching’.

Terdapat empat mod memandu berbeza yang ditawarkan oleh sistem AMG Dynamic Select iaitu “Comfort”, “Sport”, “Sport Plus” dan “Individual”. Mod-mod berlainan ini memberi gaya pemanduan yang lebih dinamik dimana sistem mampu mengubah karakteristik enjin, transmisi, suspensi, dan lain-lain. Jika anda inginkan lebih kawalan (dan keseronokan), terdapat butang ‘M’ yang memberi pemandu kawalan secara manual melalui sistem ‘paddle shifter’ di belakang stereng.

Aspek ketangkasan pemanduan juga telah dikemaskinikan dengan tambahan sistem suspensi AMG jenis ‘multi-chamber air suspension’ yang memberi lebih kestabilan dan ketepatan posisi stereng kepada para pemandu.

Dari segi reka bentuk luaran, siri GLC 63 4MATIC merupakan kenderaan Mercedes-AMG Performance pertama yang didatangkan dengan gril hadapan Panamericana yang sebelum ini hanya boleh didapati dari siri kereta sport AMG GT. Aspek-aspek lain seperti apron depan ala sayap jet dan splitter besar memberi imej dan juga prestasi yang lebih ‘sporty’.

Jika anda inginkan lebih keistimewaan, MBM juga menawarkan pakej AMG Night iaitu sebuah pakej yang mengandungi warna hitam jenis ‘high-gloss’, rim AMG 21 inci, tempat duduk sport dengan kulit jenis Nappa serta lain-lain.

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan “Godfather of SUV” iaitu Mercedes-AMG G 63 yang merupakan sebuah jentera off-road berprestasi tinggi. Jika dibandingkan dengan siri GLC 63 di atas, Mercedes-AMG G 63 ini menghasilkan 75 lebih kuasa kuda pada 585hp!

Gandingan kuasa serta tork maksimum 850Nm, model G 63 ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 4.5 saat sahaja serta kelajuan maksimum 240km/j! Semua ini berjaya dilakukan dengan penggunaan enjin 4 liter V8 Biturbo dengan gandingan transmisi AMG Speedshift TCT 9-kelajuan serta spesifikasi AMG istimewa yang lain.

Terdapat lima mod memandu bagi model G 63 dalam pilihan Dynamic Select iaitu “Slippery”, “Comfort”, “Sport”, “Sport+”, dan “Individual”. Terdapat juga tiga pilihan mod memandu untuk kegunaan off-road iaitu “Sand”, “Trail” dan “Rock” yang akan memberi lebih pemanduan dinamik untuk pelbagai jenis keadaan jalan.

Mercedes-Benz Malaysia telah menetapkan harga bagi tiga model SUV baharu mereka pada:

Mercedes-AMG GLC 63 S 4MATIC – RM915,888.00*

Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4MATIC – RM933,888.00*

Mercedes-AMG G 63 – RM1,464,888.00*

*harga termasuk cukai SST

Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my.

Mercedes-Benz C-Class 2019 diperkenalkan – Dari RM259,888

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply