- Pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun ini di Sepang telah diangkat ke satu tahap baharu atas jasa Shell Malaysia.
- Kesuluruhan B Hillstand telah diambil alih dan ditukar menjadi Shell Hillstand di mana para peminat boleh menikmati perlumbaan dan pelbagai aktiviti lain.
- Mereka juga turut menganjurkan Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru di mana ratusan penunggang motosikal menikmati perkhidmatan penyelenggaraan percuma dengan setiap pembelian minyak pelincir Shell.
Sejak sepuluh musim MotoGP yang lalu, Shell Malaysia telah menjadi penaja utama bagi pusingan Motorcycle Grand Prix di Malaysia dan bagi tahun 2018, mereka telah mengangkat keseluruhan penganjuran perlumbaan ini ke satu aras yang baharu. Bagi meningkatkan lagi pengalaman MotoGP para peminat, Shell Malaysia telah mengambil alih dan menukar keseluruhan B Hillstand menjadi Shell Hillstand, yang mana ianya menghadap Selekoh 13, 14, dan 15 yang ikonik, beserta bahagian ‘back straight’.
Lebih daripada 103,000 peminat MotoGP telah membanjiri pusingan MotoGP tahun ini di Sepang dan bagi mereka yang bernasib baik dapat berada di Shell Hllstand telah dialukan dengan pemandangan perlumbaan yang menakjubkan dan juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan bagi seisi keluarga.
Para peminat telah disambut dengan pilihan makanan dan minuman yang pelbagai dari trak-trak makanan dan juga dari kiosk deli2go, Costa Coffee, TeaLive, dan bermacam-macam lagi. Penggemar perlumbaan sedia maklum bahawa sekiranya mereka pergi mendapatkan makanan mereka kemungkinan akan ketinggalan aksi perlumbaan yang hebat tetapi Shell Malaysia telah memastikan bahawa ianya tidak berlaku dengan memasang bukan satu, tetapi dua skrin LED gergasi untuk tontonan semua.
Menurut Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia, “Shell komited dalam pembangunan sukan permotoran di Malaysia, terbukti dengan penajaan utama kami bagi Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix. Tahun ini, Shell Hillstand kami telah direka bagi menawarkan kepada para penggemar sukan permotoran dengan pengalaman unik dengan aktiviti yang mengujakan kelima-lima deria mereka. Kejayaan kami di sini membakar semangat kami untuk terus menginovasikan tawaran kami dengan harapan untuk meningkatkan pengalaman perlumbaan.”
Aktiviti-aktiviti lain yang ada termasuklah:
- Cabaran MotoGP™ PS4™.
- Aktiviti ‘Super Sepak’.
- Cabaran Shell Reflex.
- Pengalaman Dyno Ducati Panigale™.
- Peragaan motosikal Ducati.
Jika itu tidak mencukupi, peminat yang menuju ke ‘Welcome Centre’ SIC telah disambut dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain, antaranya termasuklah simulasi perlumbaan motosikal, panel pendidikan, dan, yang paling mengujakan, sebuah paparan video 360º ke atas sebuah helmet motosikal gergasi yang diperbuat dari kertas kitar semula 100%! Tawaran menakjubkan juga boleh didapati di mana para peminat boleh mendapatkan ‘Shell Biker Value Pack’ sepanjang hujung minggu berkenaan (yang mana telah memberikan mereka peluang keemasan untuk memenangi sebuah motosikal serba baharu setiap minggu sehingga 30 November 2018!).
Turut diadakan adalah Kempen Penyelenggaraan Shell Advance Ride Thru untuk kali ini, memberikan lebih banyak hadiah berbanding sebelum ini. Bermula dari harga RM30, dengan setiap pembelian mana-mana pakej minyak pelincir Shell Advance, pemilik motosikal boleh menikmati perkhidmatan penyelenggaraan percuma, parkir motosikal, pelindung hujan, dan bermacam-macam lagi tawaran yang hebat memandangkan tiket parkir motosikal biasa berharga RM20.
Shell Advance Ride-Thru: Cara Terbaik Untuk Menikmati MotoGP
Shell Malaysia juga telah membuka stesen isian semula bergerak mereka yang pertama di tempat parkir PA1, di mana pemilik motosikal dengan mudah dapat mengisi semula motosikal mereka dengan minyak premium Shell V-Power Racing! Cukup menakjubkan!
Sudah pasti pusingan Shell Malaysia MotoGP tahun hadapan akan menjadi lebih gempak dan meriah berbanding tahun ini. Tiket ‘early bird’ telah mula dijual di laman sesawang rasmi Litar Antarbangsa Sepang dan kami mahu jumpa anda di sana bagi menikmati kemeriahannya. Jumpa anda pada tahun hadapan!