- Model BMW F 850 GS Adventure telah pun dilancarkan di EICMA 2018.
- Ianya memiliki spesifikasi yang sama seperti model standard, tetapi dengan tangki bahanapi 23 liter.
- Motosikal F 850 GSA ini lebih ke arah penunggangan off-road.
Motosikal BMW F 850 GS Adventure telah membuat kemunculan sulungnya di EICMA 2018, seperti mana yang telah dijangkakan.
Ianya diperkenalkan sejurus selepas model F 850 GS. BMW Motorrad kini memiliki empat buah motosikal ‘adventure’ sebagai tawaran.
Motosikal F 850 GS Adventure, atau juga dikenali sebagai “F 850 GSA” adalah pertaruhan jenama dari Jerman itu dalam segmen motosikal kembara kelas pertengahan dan mengangkat kebolehan off-road ke satu tahap yang baharu.
Enjinnya masih lagi sebuah enjin ‘parallel-Twin’ 853cc yang sama menjana saudara iaitu F 850 GS. Ia menghasilkan sehingga 95hp dan 92Nm tork. Namun begitu, berat GSA bertambah kepada 244kg. Sebahagian besar tambahan tersebut berpunca dari tangki bahanapinya yang sebesar 23 liter.
Kebanyakan penunggang sudah pasti tidak kisah dengan penambahan tersebut kerana kapasiti bahanapinya membolehkannya merentasi jarak sejauh 550km.
Model GSA dilengkapi dengan penghadang angin ‘touring’ yang lebih besar, penukar gear boleh laras dan tuil brek.
Kelengkapan elektroniknya terdiri daripada ABS dan kawalan kestabilan sebagai standard. Mod penunggangan standard ialah “Road” dan “Rain”. Pembeli boleh memilih pilihan tambahan Riding Modes Pro, yang didatangkan dengan “Dynamic”, “Enduro”, dan “Enduro Pro”, selain daripada lampu brek dinamik dan Kawalan Cengkaman Dinamik. BMW Motorrad turut menawarkan suspensi elektronik. Lampu hadapan LED adalah standard.
Motosikal BMW F 850 GS Adventure akan dilengkapi dengan paparan instrumen TFT 6.5 inci.