Imej Dan Spesifikasi BMW S 1000 RR 2019 Dibocorkan!

  • Imej paten dan lembaran spesifikasi bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah dibocorkan atas talian.
  • Motosikal ini adalah sebuah motosikal serba baharu dengan penggayaan dan casis yang baharu.
  • Keluaran kuasa motosikal ini juga turut dipertingkatkan.

Para penggemarnya sudah pasti sedia maklum bahawa BMW Motorrad sedang membangunkan model BMW S 1000 RR 2019. Apa yang masih lagi menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah rupa bentuk model yang terkini berkenaan.

Baru-baru ini, sebuah wakil pengedar BMW nampaknya terlalu teruja dengan kemunculan model ini dan telah memuat naik kedua-dua imej permohonan paten rasmi dan lembaran spesifikasi penuh bagi model S 1000 RR di atas talian iternet. Motosikal superbike baharu itu sepatutnya dilancarkan secara rasmi di pertunjukan EICMA yang akan berlangsung dalam masa seminggu dari sekarang.

Begitu banyak yang boleh diperkatakan berdasarkan imej yang telah dimuat naik. Apa yang pasti, motosikal baharu ini tidak syak lagi telah dipertingkatkan dengan begitu ketara sekali.

Sebagai permulaannya, model 2019 ini tampak lebih kompak, Bahagian ekornya telah dipendekkan dan berbentuk lebih kecil. Roda hadapannya terletak lebih rapat dengan reraup bahagian bawahnya, manakala roda belakangnya kini lebih dekat dengan bahagian tengah badannya.

Panel badannya juga telah direka bentuk semula dari mula dan nampaknya dililit sekeliling casis dan enjinnya dengan begitu kemas. BMW juga telah melengkapkannya dengan lampu hadapan yang sekata, dan bukannya dari jenis tidak simetri. Lohong masukan udara tengah dikekalkan sebagai warisan daripada model yang sebelumnya. Bentuk tangki bahanapinya masih mengekalkan identiti model S 1000 RR.

Kerangka baharunya juga ketara. Bermula dengan lengan ayun yang dipaut menegak, ia tertonjol hampir melintang di atas bekas enjin sebelum meluncur ke atas menuju ke ‘headstock’. Ia tampak seperti kerangkanya itu meliputi enjinnya dengan kemas.

Kami agak terkejut apabila mendapati yang ianya menggunakan seksyen keluli trellis yang terdedah bagi sub-rangka pelana penunggangnya. BMW telah menggunakan sub-rangka ‘box-section’ sebelum ini. Sub-rangka keluli trellis tersebut kelihatan seperti sesuatu yang lebih kerap didapati pada model KTM, MV Agusta, Triumph, dan lain-lain.

Apabila dilihat dengan lebih teliti, anda akan dapati yang lengan ayunnya dipaut dari sebelah bawah. Di mana reka bentuk ini bukannya sesuatu yang baharu, ianya hanyalah digunakan MotoGP pada ketika ini. Ke semua motosikal superbike yang lain memaut lengan ayun mereka dari sebelah atas. Para pengeluar memilih kaedah pautan atas kerana mereka memerlukan ruang untuk merumahkan ‘exhaust colector’. BMW bagaimanapun telah berjaya mengatasi masalah ini.

Enjinnya masih lagi sebuah enjin ‘inline-Four’, tetapi, ia kini tertera sebagai “207hp” pada lembaran spesifikasinya. Daya kilasnya juga telah ditingkatkan kepada 113Nm.

Kini, kita hanya boleh menunggu sahaja untuk minggu hadapan apabila BMW Motorrad mendedahkan gambar dan lembaran spesifikasi mereka untuk mengesahkan ke semuanya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]