Ducati Multistrada 950 Yang Dikemaskini Sedang Diuji

  • Sebuah motosikal Ducati Multistrada 950 yang telah dikemaskini telah diintip sedang diuji.
  • Motosikal baharu itu pasti tampil dengan beberapa buah ciri yang baharu.
  • Ada sumber yang mengatakan bahawa ia juga mungkin akan dilengkapi dengan IMU.

Model Ducati Multistrada 950 adalah pilihan yang lebih mudah dimiliki dalam rangkaian motosikal sport-tourer Ducati, dari segi harga dan juga penggunaannya. Berbanding dengan saudaranya yang lebih besar, Multistrada 1200, model Multistrada 950 ini lebih ringkas. Penunggang tidak perlu risau dengan penggunaan kelengkapan elektronik motosikal berkenaan. Kerap kali kami bersua dengan ramai penunggang yang tidak mengetahui atur cara elektronik yang ada pada motosikal mereka.

Selain daripada itu, keluaran kuasa sebanyak 113hp model 950 ini sudah pasti lebih mudah untuk dikendalikan berbanding dengan 158hp yang ada pada model 1260.

Ducati Multistrada 1260 Enduro 2019 Diperkenalkan

Jadi, dari satu segi, motosikal Multistrada 950 ini ada sebuah model yang lebih serba boleh dan sesuai untuk penunggang. Namun, kini sudah tiba masanya untuk mengemaskini motosikal ini bagi menjadikannya lebih berdaya saing.

MCN telah berjaya menangkap gambar model Multistrada 950 yang dikemaskini sedang menjalani ujian jalan raya.

Reraup atasnya kini tampak serupa seperti yang ada pada model Multistrada 1260, dan lengan ayunnya pula berwarna kelabu yang lebih cerah berbanding versi yang sedia ada.

Enjinnya, dari segi luaran, tampak serupa, tetapi, motosikal baharu ini nampaknya akan dilengkapi dengan klac hidraulik baharu. Model Scrambler mereka telah pun dilengkapi dengan kelengkapan ini, dan kami andaikan yang model Multistrada juga bakal menyusuli mereka. Enjinnya juga mungkin sekali akan dikemaskini, memandangkan akan muncul sebuah model Hypermotard yang baharu dalam masa terdekat ini. Jika benar, kami andai ia mungkin sekali akan menyaksikan peningkatan sehingga 120hp. Quickshifter dwi-arah juga mungkin bakal dilengkapkan pada model ini.

Model Multistrada 950 baharu ini juga mungkin sekali akan didatangkan dengan IMU (Inertial Measurement Unit), membolehkannya dilengkapi dengan Cornering ABS dan kawalan cengkaman yang sensitif sudut condong. Ini akan memperluaskan lagi spektrum keselamatan motosikal ini, bersama dengan mod penunggangannya yang sedia ada.

Sumber imej: MCN

Ducati Multistrada Terpantas Dunia Menang Di Pikes Peak!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]