Motosikal Honda CBR250RR HRC 2019 Diperagakan!

  • Pusingan MotoGP di Motegi yang baru sahaja selesai menyaksikan peragaan motosikal Honda CBR250RR HRC 2019.
  • Dilengkapi dengan skema warna tiga warna perlumbaan Honda, kemasan warna tersebut diinspirasikan oleh motosikal berkapasiti lebih besar, Honda CBR1000RR Fireblade.
  • Skema warna ini masih dalam pertimbangan untuk pasaran Jepun, dan sekiranya ianya berjalan lancar, ianya akan boleh didapati menjelang bulan November tahun ini.

Nampaknya model Honda CBR250RR masih lagi belum diketahui akan bila ianya akan membuat kemunculannya di Malaysia. Sementara kita masih menunggu pengenalan rasminya yang masih tidak ditentukan lagi masanya, negara Jepun bakal diperkenalkan dengan variannya yang paling menawan dalam bentuk Honda CBR250RR HRC 2019 dan kami berasa amat IRI HATI.

Motosikal Honda CBR250RR HRC 2019 khusus untuk pasaran Jepun (masih dalam pertimbangan) ini mengambil ilham dari saudaranya yang lebih besar dan berkuasa dalam rangkaian CBR, iaitu Honda CBR1000RR Fireblade. Kombinasi warna yang ikonik ini melambangkan sejarah perlumbaan gemilang Honda dan tampak amat cocok sekali dengan rupa bentuk agresif motosikal tersebut.

Model tahun 2019 ini masih menggunakan enjin ‘parallel-twin’, sejukan cecair, 250cc yang mampu menghasilkan sehingga 37hp pada 12,000rpm dan 23Nm tork pada 11,000rpm. Berdasarkan statistik ini, kita boleh melihat bahawa motosikal ini akan sudah pasti lebih mengujakan pada jangkauan ‘rev’ yang lebih tinggi, yang mana ia mampu memacu jentera ini ke kelajuan tertinggi sehingga 170km/j.

Spesifikasi mengagumkan yang lain pada motosikal ini termasuklah:

  • Sistem ABS dwi-saluran.
  • Fork teleskopik terbalik.
  • Suspensi belakang “Pro-link” dengan pra-muatan boleh laras lima-langkah.
  • Konsol digital sepenuhnya.
  • Pencahayaan LED sepenuhnya.
  • Sistem ‘Ride-by-Wire’ dengan mod penunggangan boleh pilih.

Motosikal Honda CBR250RR HRC 2019 ini telah dilengkapkan dengan skema warna HRC ini telah diperagakan pda hujung minggu lalu sewaktu pusingan MotoGP di Motegi bagi secara amnya mendapatkan persepsi orang ramai berkenaan motosikal ini. Melihat pada rupa paras motosikal ini, kami tidak akan terkejut sekiranya ianya dipercepatkan untuk pengilangan kerana ianya sebuah jentera yang MENAWAN.

Honda CBR250RR 2019 dalam kemasan warna Victory Red bagi pasaran Indonesia.

Harga andaian dan waktu pelancarannya? sekitar 810,00 Yen (RM29,988), sekitar bulan November (bagi pasaran Jepun), jika segalanya berjalan lancar. Kami andaikan yang motosikal ini akan diperkenalkan secara global sewaktu EICMA 2018 di Milan, Itali.

Sumber imej: Young Machine

Tunggang Uji Honda CB650F 2018: Si Serba Boleh

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]