- Motosikal BMW R nine T Scrambler adalah pertaruhan BMW Motorrad dalam ‘revolusi scrambler”.
- Ia berkongsi casis dan kejuruteraan enjin yang sama seperti model R nine T yang lain.
- Namun begitu ianya dihasilkan untuk penunggangan ‘off-road’ yang ringan.
BMW sedikit demi sedikit telah menambah varian baharu dalam rangkaian warisan R nine T mereka sejak pengenalannya pada tahun 2013. Motosikal BMW R nine T Scrambler yang telah diperkenalkan pada tahun 2016, adalah tawaran BMW untuk pasaran scrambler, bagi menyaingi para pengeluar yang lain.
Model R nine T Scrambler dihasilkan untuk tunggangan ‘off-road’ ringan, dan dengan itu ianya dilengkapi dengan roda hadapan 19 inci. Para pelanggan juga boleh memilih untuk melengkapinya dengan roda berjejari tanpa tiub.
Motosikal ini dijana oleh enjin Twin “Boxer” melintang, sejukan cecair, generasi sebelum ini milik BMW. Enjin ini adalah platform yang sama digunakan bagi keseluruhan rangkaian motosikal R nine T. Ia menghasilkan sehingga 110hp dan 116Nm tork.
Dan seperti mana dengan enjin Boxer BMW yang lain, kuasanya diagihkan melalui transmisi enam kelajuan dan aci pandu kawalan ‘Paralever” ke roda belakangnya.
Ciri paling menonjol pada model Scrambler ini, jika dibandingkan dengan keseluruhan rangkaian R nine T, adalah tip paip ekzos pautan tinggi bergandanya.
Kami telah pun menguji hampir ke semua varian R nine T, antara R nine T (model asas), R nine T Racer, dan R nine T Urban G/S, dan untuk kali ini, BMW Motorrad Malaysia telah meminjamkan sebuah motosikal R nine T Scrambler untuk tunggangan ke acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 di Melaka baru-baru ini.
Konvoi BMW R nineT Auto Bavaria Motorrad ke acara Distinguished Gentleman’s Ride Melaka 2018
Model R nine T Scrambler ini teramatlah istimewa, kerana ianya dilengkapi dengan tangki bahanapi “BMW Motorrad Community”. Ianya telah dipenuhi dengan tandatangan para pemilik motosikal BMW.
Tunggangan tersebut terdiri daripada gabungan jalan lebuh raya, jalan kampung, dan penunggangan dalam bandar, membolehkan kami untuk menguji kebolehan dan versatiliti model R nine T Scrambler ini.
Di atas lebuh raya, motosikal ini menderu lancar pada kelajuan 110 – 140km/j, dengan deraman lembut mengiringi perjalanan kami. Bagaimana pun, paip ekzos Akrapovic yang dilengkapkan pada motosikal ini ternyata cukup kuat ngaumannya, yang mana kedengaran seperti satu skuadron pesawat tempur apabila ianya bergabung dengan motosikal R nine T yang lain.
Model R nine T ini tidak gemar bila ianya didesak dengan hebat di atas lebuh raya. Sebaliknya, daya kilasnya yang besar itu lebih sesuai digunakan pada kelajuan bersiar dan untuk memintas kenderaan lain dengan mudah. Anda boleh kekal pada gear keenam pada kelajuan serendah 60km/j, dan dengan satu pulasan pendikit, motosikal ini akan mengaum dan memecut kembali dengan segera.
Kehebatan motosikal ini jauh lebih terserlah sewaktu ianya melalui jalan kampung. Di sini, badaian daya kilasnya memecutkan motosikal itu dari satu selekoh ke selekoh yang seterusnya dengan pantas dan pada masa yang sama, lancar. Lambat laun anda pasti akan terasa ketagih untuk mendengar ekzosnya mendendangkan ‘deraman Boxer’ sewaktu anda memulas pendikit apabila keluar dari selekoh.
Pengendaliannya cukup baik sekali, namun, ia boleh memanfaatkan penalaan suspensi yang lebih, kerana ia terasa agak kasar apabila melalui bonggol yang tinggi. Geometri casisnya yang ‘santai’ memerlukan anda untuk memasuki selekoh dalam lengkungan panjang dengan penuh gemalai. Anda boleh sahaja menukar arahnya dengan keras tanpa casisnya melawan tindakan anda. Tetapi, sekiranya anda lebih gemar untuk menjarah selekoh, model R nine T asas adalah pilihan yang lebih sesuai dengan suspensi yang lebih cenderung pada perlumbaan.
Namun begitu, ianya bukanlah bermakna bahawa model R nine T Scrambler ini tidak bagus. Motosikal ini dihasilkan untuk penunggangan yang santai dan tidak tergesa-gesa. Memperlakukannya seperti sebuah motosikal lumba sudah pasti tidak kena pada lumrahnya.
Kami menunggang memasuki pusat bandar Melaka buat beberapa kali dan cukup bersyukur dengan daya kilas dan posisi duduk menegak motosikal ini. Torknya membolehkan kami untuk berada dalam gear yang lebih tinggi, walaupun pada kelajuan rendah dan ianya melancarkan lagi penunggangan anda.
Berkesesuaian dengan perwatakan enjin Boxer milik BMW, ianya juga cukup mudah dipandu arah pada kelajuan yang rendah. Silinder-silinder yang terjulur keluar menyapa angin sepoi bahasa, memberikannya kestabilan tahap rendah; manakala aci engkol yang berputar secara memanjang melalui garisan tengah motosikal menghasilkan daya emparnya sendiri bagi memastikan motosikal kekal menegak walaupun pada kelajuan yang rendah.
Motosikal R nine T Scrambler adalah sebuah model warisan yang luhur, sejati. Selain daripada ABS dan suntikan bahanapi, ianya tidak dilengkapi dengan dengan mod penunggangan dan kawalan cengkaman. Dan dengan itu, anda terasa bagaikan motosikal ini adalah sebahagian daripada diri anda, dan bukannya sebuah jentera atau mesin yang dipenuhi dengan pelbagai bantuan bantuan elektronik.
BMW R nine T Scrambler ditawarkan pada harga RM88,900, termasuk SST, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
ENGINE | |
Engine type | Air/Oil-cooled, 4-stroke, DOHC, 4 valves per cylinder, horizontally-opposed (Boxer) Twin |
Compression ratio | 12.0 : 1 |
Bore X Stroke | 101 mm X 73 mm |
Displacement | 1170 cc |
Fuel system | Electronic intake pipe injection |
Maximum power | 110 bhp (81 kW) @ 7550 RPM |
Maximum torque | 116 Nm @ 6000 RPM |
TRANSMISSION | |
Clutch | Single dry plate clutch, hydraulically actuated |
Gearbox | Constant mesh, 6-speed, shaft drive |
CHASSIS | |
Front suspension | 43mm telescopic forks, 125mm travel |
Rear suspension | Single central shock absorber adjustable for preload and rebound damping. 140mm travel |
Front brakes | Two 320mm floating discs, Brembo four-piston radially-mounted calipers |
Rear brake | Single 265 mm disc, Brembo two-piston floating caliper |
ABS | BMW Motorrad ABS, front and rear |
Front tyre | 120/70-R19 |
Rear tyre | 170/60-R17 |
FRAME & DIMENSIONS | |
Frame | Three-part frame consisting of one front and two rear sections; load-bearing engine and transmission; rear set frame removable for single rider |
Swingarm | Cast aluminium single-sided swingarm with BMW Motorrad Paralever |
Trail | 110.6 mm |
Rake | 28.5 degrees |
Wheelbase | 1527 mm |
Seat height | 850 mm |
Wet weight | 220 kg (Read to ride with full fuel tank) |
Fuel capacity | 17 litres |