Menangi Tiket MotoGP Sepang 2018 Dari Ducati Malaysia!

Sumber imej: MotoGP
  • Ducati Malaysia akan menghadiahkan 80 keping tiket MotoGP Sepang 2018 bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018.
  • Untuk memenangi peluang ini, para peserta perlu menempah, membeli, atau menunggang uji mana-mana motosikal Ducati di wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih.
  • Para pemenang juga boleh menikmati rebat sewaktu hujung minggu perlumbaan beserta hadiah eksklusif dari Ducati Malaysia.

Sumber imej: MotoGP

Ducati Malaysia sedang menganjurkan satu promosi buat para peminat dan penggemar Ducati di Malaysia, di mana mereka akan menawarkan peluang bagi memenangi tiket PERCUMA ke pusingan MotoGP Sepang 2018 yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 November 2018. Sejumlah 80 keping tiket untuk kawasan Grandstand dan juga Hillstand akan dihadiahkan buat pemenang bertuah dan terdapat beberapa cara untuk anda memenangi tiket-tiket berkenaan.

Bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2018, peminat Ducati dan MotoGP di dalam negara layak memenangi tiket-tiket ini apabila mereka menyempurnakan mana-mana di antara dua tugas yang dinyatakan di bawah:

1. Tempah atau beli mana-mana motosikal Ducati di wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih dan anda berpeluang untuk memenangi 2X pas Grandstand (siapa cepat dia yang dapat) ATAU
2. Tunggang uji motosikal Ducati di wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih DAN

  • Rakam gambar pengalaman penunggangan Ducati anda.
  • Muatnaik ke laman media sosial Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #RIDEandWIN, dan tag Ducati Malaysia (Instagram: @Ducati_MY, Facebook: @DucatiMY).
  • Anda layak untuk satu penyertaan cabutan bertuah bagi memenangi 1X pas Hillstand Shell.

Bagi memeriahkan lagi pertandingan ini, pemenang tiket Grandstand akan layak mendapat rebat untuk pembelian pakaian di gerai Ducati MotoGP 2018 dan juga sesi “Meet & Greet Ducati MotoGP”, manakala para pemenang tiket Hillstand pula dapat menikmati hadiah eksklusif dan akses ke pameran motosikal Ducati serta gerai ‘pop-up’ Ducati.

Untuk menyertai pertandingan “Ride & Win MotoGP 2018” bersama Ducati Malaysia, anda boleh mengunjungi mana-mana daripada empat buah wakil pengedar rasmi Ducati yang terpilih di bawah ini:

  • Ducati Petaling Jaya
  • Ducati Kuala Lumpur
  • Ducati Penang
  • Ducati Sungai Buloh

Bagi mendapatkan sebarang maklumat yang lanjut, para peminat Ducati boleh melayari laman Facebook rasmi Ducati Malaysia, atau laman Instagram rasmi Ducati Malaysia.

Ducati Multistrada 1260 Enduro 2019 Diperkenalkan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply